#129 Pemikiran Islam Liberal: Pembahasan Isu-isu Sentral

Tajuk: Pemikiran Islam Liberal: Pembahasan Isu-isu Sentral Penulis: Dr. Ugi Suharto Penerbit: Dewan Pustaka Fajar (DPF) cetakan kedua 2012 Bilangan muka surat: 158

Buku yang berkulit biru laut ini merupakan sebahagian gagasan tulisan Dr Ugi bersempena kuliah-kuliah dan seminar-seminar mengenai pemikiran Islam Liberal. Latar tempat yang ditekankan di dalam tulisan-tulisannya ialah Indonesia dan Malaysia.
Buku yang sarat dengan fakta yang dipetik dari pelbagai tokoh dunia menghidangkan pembaca dengan pembahagian bab sebanyak lima bab. Di dalam bab 1, penulis mengulas pokok pangkal dari mana datangnya pemikiran Islam Liberal ini dan titik bermulanya pemikiran-pemikiran yang lain. Isu pemikiran yang dibawa di dalam bab-bab seterusnya adalah berpunca dari Islam Liberal (Islib) itu sendiri yang berkembang biak menyalahi asas agama Islam.
Pemikiran Islib ini bersifat "deconstruction of Islam". Islam yang sudah mapan dirungkai kembali takrifannya walaupun telah dipersetujui seluruh umat Islam bahawa Islam itu sudah lengkap. Membebaskan atau meliberalkan dari Islam yang satu yang telah disepakati adalah agenda yang dibawa Islib.
Di Indonesia, JIL (Jaringan Islam Liberal) merupakan kumpulan Islib yang lahir kerana terpengaruhi oleh pemikiran Barat yang bersifat hegemoni ini, cuba menyesuaikan tafsiran Islam di antara percampuran pemikiran modernism dan post-modernism. Dengan membawa moto "Islam Yang Membebaskan" lama-kelamaan membenihkan virus-virus baru iaitu Sekularisme, Pluralisme, Quran Edisi Kritik (Q.E.K), Hermeneutika dan Feminisme
Di dalam bab 2, penulis membincangkan isu sekularisme berdasarkan pandangan dua sarjana Muslim terkemuka, Prof Dr Syed Naquib Al-Attas [1] dan Prof Dr Yusof al-Qaradhawi [2]. Kedua-dua tokoh ini mempunyai pandangan bahawa Sekularisme dimulai oleh Aristotle, (anak murid Plato). Pemikiran ini menyanggah dengan Islam dan menentang Islam tetapi sangat dipuja oleh Islam Liberal. Sekularisme secara permukaan adalah mengasingkan ruh agama dengan aktiviti kehidupan yang lain.
Prof al-Attas terlebih dahulu mengkritik sekularisme ini ialah membuang makna-makna ruhani dari alam tabii, menghilangkan kekudusan politik dan kepimpinan dalam urusan kemasyarakatan dan menisbahkan nilai dari akal fikiran dan tingkah laku manusia. Manakala menurut Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi menerangkan falsafah sekularisme ini ialah memandang Tuhan tidak mempunyai hubungan dengan alam, tidak mengetahui sesuatu di alam ini dan tidak mengurukannya.
Isu "Usaha meruntuhkan kewibawaan mushaf uthmani dari dahulu sehingga kini" dibawa oleh Dr Ugi di bab yang ketiga. Percubaan meruntuhkan ini adalah usaha Q.E.K oleh kumpulan Islib. Q.E.K sebenarnya datang dari para orientalis Barat menerusi pengalaman mereka berinteraksi dengan Bible. Q.E.K beragenda mengedit semula al-Quran yang sedia ada. Kata mereka, al-Quran yang beredar sekarang mengandungi masalah.
Antara perkara besar yang menjadi modal merealisasikan agenda mereka ialah sejarah pembukuan qiraah yang pelbagai (ragam bacaan). Menuduh Khalifah Uthman membakar mushaf-mushaf lain dan membiarkan hanya mushaf uthmani saja yang berada dalam kalangan umat Islam. Disepakati mushaf uthmani mengandungi keseluruhan bacaan kerana mushaf ini ditulis mengikut bacaan mutawatir. Di dalam bab ini juga menerangkan bertapa penting hadith-hadith sama ada bersifat mutawatir, ahad dan sebagainya dalam penentuan mushaf.
Di dalam bab 4, "Apakah Al-Quran memerlukan Hermeneutik?" membincangkan ketidakperluan al-Quran melalui proses hermeneutik. Apakah itu hermeneutika? Hermeneutik secara singkatnya boleh diberi erti seni interpretasi makna (art of interpretation). Hermeneutika ini bertujuan merubah orientasi tafsir al-Quran yang sedia ada yang selama ini menjadi tradisi umat Islam zaman berzaman.
Pada asalnya, hermeneutika ini merupakan metodologi penafsiran Bible, kemudian dikembangkan oleh Schleiermacher (boleh check ejaan nama dia takut salah) Hermeneutika ini digunakan dalam penafsiran Bible kerana teks-teks Bible bukanlah keseluruhanya wahyu dari Tuhan. Di dalamnya bercampur aduk firman tuhan dan karangan-karangan manusia. Menggunakan hermeneutika ini adalah untuk memilih dan memilah kebenaran di dalam Bible. Jadi tidaklah sama dan sewenang-wenangnya menggunakan hermeneutika kepada al-Quran kerana semua yang terkandung di dalamnya adalah kalimah Allah tiada langsung tambahan manusia sekalipun Nabi Muhammad s.a.w dan tidak pernah diragui pun isinya. Hermeneutika ini juga terpecah kepada beberapa jenis setelah melalui proses evolusi. Oleh itu yang mana jenis hermeneutika yang paling benar masih sukar ditentukan. Dimuatkan juga perbezaan tafsir dan hermeneutika. Nak tahu? Silalah baca.
Previous
Next Post »