#105 Terusir

Judul : Terusir Penulis : Prof. Dr. Hamka Penerbit : Pustaka Dini Bilangan mukasurat : 134

Azhar mempunyai latar kaum kerabat dari golongan bangsawan, mempunyai kerjaya dan kewangan yg kukuh berkahwin dengan wanita yang dicintai bernama Mariah dari bangsa yang tidak terkenal. Keharmonian rumahtangga mereka diuji apabila Mariah telah difitnah bersekedudukan dengan lelaki lain dikamarnya sendiri. Tindakan terburu-buru Azhar menceraikan Mariah tanpa memberi ruang kepada Mariah membela diri menjadikan Azhar ibarat memakan hati berulamkan jantung sepanjang hari-hari berlalu dalam kehidupannya. Mariah yang kehilangan kedua ibubapa, sehelai sepinggang membawa diri. Mariah meminta kerja sebagai pembantu rumah dari rumah ke rumah, tidak diterima kerana rupa parasnya yg cantik menjadikannya dicemburui di kalangan majikan2 yg berjumpa dengannya. Bimbang suami mereka terpikat dengan kecantikan Mariah. Diringkaskan cerita Mariah berjumpa dengan majikan yg berketurunan Belanda menjadi babu (orang gaji), bekerja dengannya bertahun-tahun. Mariah dilamar pekerja kebun dari majikan yg sama berkali kali. Akhirnya Mariah akur menerima lelaki itu sebegai suaminya kerana majikannya ingin keluar negara dan dia tiada tempat bergantung. Pilihan Mariah salah kerana suami barunya itu lelaki yg tidak baik, lelaki yg gemar balik lewat malam. Berkahwin dengan Mariah kerana ingin mempergunakannya sahaja, mengambil semua barang kemas Mariah yg disimpan hasil titik peluhnya semasa bekerja sebagai babu (orang gaji) nak digunakan untuk mencari pekerjaan oleh suami barunya. Tetapi semua itu dusta belaka. Kehidupan Mariah semakin melarat, hanya dapat bergaul dengan masyarakat yg rendah moralnya. Akhirnya dengan kata dua sama ada terpaksa melacurkan diri untuk sesuap nasi atau mati. Kesempitan kehidupan dan suasana masyarakat kehidupannya yg keras menyebabkan Mariah terjebak ke kancah kehidupan yg hina dan dalam sehingga menjadikannya begitu sukar untuk keluar lagi. Azhar suami pertamanya menjaga anakknya Sufiyan hasil perkahwinan dengan Mariah, ingin tahu nasib Sufiyan, Azhar dan Mariah marilah baca buku ini. Buku ini kritikan sosial yg sangat menarik dan berguna, boleh di jadikan pengajaran tauladan untuk kita bersama ahli keluarga KamiGebu.
Previous
Next Post »