Tajuk: Wie man einen Dino besiegt
Penulis: Hans Wilhelm
Penerbit: Carlsen
Muka surat: 30
Buku Wie man einen Dino besiegt (How to defeat a Dino) adalah buku cerita untuk kanak-kanak jerman mengisahkan Bronto, seekor dinosaur yang selalu dibuli dinosaur bernama Rex.
Dengan kelebihan saiz dan kekuatan, membuli Bronto menjadi hobi buat Rex. Ditambah pula dengan faktor kawasan kejiranan yang sama, kes buli ini berlaku hampir setiap hari.
Stego, Salta, dan Spino (kawan-kawan Bronto) yang simpati akan Bronto cuba membantunya dengan menyuarakan beberapa idea penyelesaian kepada Bronto. Namun idea-idea mereka tidak berhasil. Idea-idea mereka sering kecundang di tangan Rex dan padahnya selalu terkena pada Bronto seorang.
Tetapi Bronto tidak berputus asa. Bronto tetap mencari idea untuk menewaskan Rex. Akhirnya, Bronto bertemu idea yang dicari-cari. Idea yang datang hasil daripada proses fikir yang 'quite' lama.
Tenyata, kali ini, idea tersebut tidak senasib idea-idea sebelumnya. Idea Bronto berjaya menewaskan Rex. Dan sedari peristiwa tersebut Rex tidak lagi membuli Bronto.
And they all live happily ever after.
The End.
Tammat.
Die Ende.
Moral of the story: Brains beats Brawns and Don't Be a Bully.
Nota Hujung:.
1. Sengaja mencabar diri untuk kembali menyantuni bahasa jerman. Jelas, buku ini walaupun jalan ceritanya mudah tetapi membacanya tidak mudah, petunjuk bahawa my german ist nicht so gut (not so good) und Ich muss mehr trainieren!
2. Insyaallah akan cuba melazimi membaca satu buku non-malay (english/arab/jerman) per month. Hopefully it'll be a good mental exercise to shove away my linguistic rust.
3. Buku kanak-kanak Carlsen ni copyrightnya dah expired. So, membacanya di internet bukan satu jenayah.
4. Akhir sekali, minta maaf atas review yang penuh dengan jenayah me'rojak'kan bahasa.
Tshüss ~
ConversionConversion EmoticonEmoticon