#110 Hoshi Seiza ; Kembara Mencari Tuhan

Novel : Hoshi Seiza ; Kembara Mencari Tuhan Penulis : Ajwad Amal Publisher : Galeri Ilmu Pages : 267
Novel ini merupakan novel yang diinspirasikan daripada surah al-Buruj; iaitu kisah ashabul ukhdud (para penggali parit). Kisah yang menyaksikan pengorbanan dan tebusan jiwa dalam mempertahankan akidah. Hoshi Seiza mengisahkan seorang pemuda yang dikurniakan kuasa sakti. Suatu hari, Master Rennyo dari istana telah datang ke rumah Seiza dengan tujuan untuk menjadikan dia pelapis buat dirinya sebagai ahli sihir istana. dalam perjalanan Seiza ke istana, dia telah berjumpa Pendeta Serebu yang tinggal di dalam gua akibat melarikan diri daripada rakyat jelata kerana menyebarkan agama menyembah Allah. Selama Seiza tinggal di situ, Pendeta Serebu telah cuba berdakwah kepada Seiza untuk mempercayai Allah tetapi gagal. Dalam diam, Seiza mula mempercayai Allah sedikit demi sedikit. Setibanya di Istana, Seiza telah dilatih sehingga dirinya bersedia untuk menjadi ahli sihir. Sebelum upacara perlantikan Seiza sebagai ahli sihir, dia telah dibenarkan untuk pulang dan membawa ibunya ke Istana. Perjalanan pulang Seiza telah menjadi titik tolaknya kepada menjadi seorang hamba yang beriman dan mempercayai tuhan. Dia juga bertindak menyebarkan kepercayaan itu kepada semua orang yang dijumpainya dalam perjalanan pulang ke rumah. Adakah ibunya percaya kepada kepercayaan barunya itu? Bagaimana nasib Seiza sebagai ahli sihir istana? Adakah kepercayaan kepada Allah akan tersebar? Selamat membaca. Novel ini boleh dikategorikan sebagai novel yang ringan. Penceritaannya sangat ringkas dan terlalu pantas. Walaubagaimanapun, jika melihat kepada penulis yang masih remaja, penulisan ini boleh dikatakan baik.
Previous
Next Post »