Buku: Kenali 15 SuperFoods dalam Al-Quran
Penulis: Normadiah Daud
Penerbit: Perintis Books Sdn.Bhd
Mukasurat: 176
Buku ini ditulis oleh Ustazah Normadiah Daud susulan daripada kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar al-Quran dan Pembentukan Ummah Cemerlang peringkat kebangsaan di UDM pada 19-20 Ogos. Penulis cuba mengali persamaan antara sains dan Al Quran. Dan ternyata perkara yang dinyatakan dalam Sains semuanya telah termaktub dalam Al Quran. Buku ini diolah berdasarkan nas Al Quran, hadith nabawiyah, buku-buku perubatan Islam, buku-buku kajian pemakanan serta bimbingan pensyarah Dietetik UDM, Pn Napisah Husin.
Sebenarnya banyak lagi superfoods dalam Al Quran. Tetapi penulis memilih 15 superfoods untuk dibentangkan dalam buku ini, iaitu :
1. Kurma
� Khasiat: mengelakkan penyakit, menyembuhkan penyakit kronik seperti imsomnia dan batuk, memudahkan proses bersalin, memudahkan proses pencernaan, menenangkan perasaan kerana mempunyai triptofan yang berperanan sebagai agen antidepresi dan memelihara serta menjauhkan sihir dengan memakan 7 biji kurma ajwah setiap hari.
2. Madu
� Khasiat: pemangkin kesihatan tubuh, agen penyembuhan yang berkesan, memacu kecerdasan otak, antioksidan (bahan antipenuan) dan bahan antibakterial (melawan serangan bakteria).
3. Bawang Putih
� Khasiat: mempunyai bahan kimia sativine dan allicin (15 kali ganda lebih kuat daripada penisilin) yang berperanan sebagai agen antikuman dan melawan penyakit sehingga kuman itu mati, penyembuh penyakit kronik seperti kanser, mencuci darah dan menyingkirkan bahan beracun, mempercepatkan pertumbuhan sel dan berperanan sebagai antibiotik alami yang memusnahkan bakteria, virus, ameba dan mikroorganisma berbahaya.
4. Buah Zaitun
� Khasiat: agen perubatan yang menjadi penawar racun, baik untuk pesakit gastrik, antioksidan (bahan antipenuan) dan bahan kecantikan untuk melembutkan kulit, penyembuh sakit kronik seperti sakit jantung dan radang pinggang.
5. Buah Delima
� Khasiat: unsur penting pembentukan darah merah yang sangat sesuai untuk pesakit anemia dan mempunyai kadar antioksidan yang tinggi, memelihara jantung dan saraf, menguatkan tulang dan gigi serta mempercepatkan tumbesaran.
6. Halia
� Khasiat: membantu pencernaan, membuang angin dalam usus, agen penyembuh demam, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada, merendahkan paras kolestrol, meredakan batuk, lendir dan kahak, pembunuh kuman, penawar racun dan menghentikan muntah.
7. Timun
� Khasiat: agen kecantikan, sebagai penyingkir bahan toksik dan mengalakkan pembuangan air kecil. Pakar-pakar perubatan Hospital Sulatan Abdul Halim Kedah menasihatkan untuk menjaga kesihatan ketika jerebu dengan memakan timun untuk menyingkirkan toksid. Bagi mereka yang terlalu kurus dan teringin untuk menambah berat badan, pemakanan timun muda dan kurma boleh menambahkan berat badan dengan cara yang sihat.
8. Bawang Merah
� Khasiat: agen pembunuh sel kanser, mengurangkan risiki Alzhemer抯 dan kencing manis, membantu awet muda dan menurunkan tekanan darah serta meningkatkan fungsi kekebalan tubuh.
9. Buah Tin
� Khasiat: mengubati penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, gout, buasir, angin ahmar dan diabetik, menjaga kesihatan tubuh, dapat meransang haemoglobin darah dan mengubati luka, dapat menurunkan berat badan.
10. Anggur
� Khasiat: antioksidan dan dapat memacu kecerdasan otak.
11. Susu Haiwan
� Khasiat: kaya dengan nutrein, sumber kalsium utama, sebagai alat perawatan tubuh dan sebagai penawar penyakit.
12. Susu Ibu
� Khasiat: mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul, antijangkitan yang melawan penyakit serta meningkatkan kecerdasan otak bayi.
13. Ikan
� Khasiat: mengelakkan serangan jantung, menguatkan otot-otot jantung dan mencegah pengumpalan darah. Ikan yang tinggi kadar omega 3 ialah ikan lemuru (Sardinella longiceph). Ikan yang banyak diguna sebagai bahan perubatan di Malaysia ialah ikan linang kuning.
14. Daging
� Khasiat: menguatkan tulang, gigi dan membentuk sistem saraf, membentuk heamoglobin dan daging tidak mengemukkan jika diambil dalam jumlah yang seimbang. Daging lembu atau kerbau susah untuk dicerna yang boleh membawa pelbagai penyakit kronik. Dinasihatkan dicampur dengan rempah ratus atau direbus terlebih dahulu. Daging kambing/biri-biri jantan mempunyai daging yang lebih halus dan lazat. Daging anak unta lebih harum dan lebih lazat. Daging unta adalah daging yang panas, kering serta susah dicerna dalam perut serta mampu menimbulkan komplikasi kesihatan. Rasulullah mengajar untuk berwudhuk selepas makan daging unta. Daging kuda halal di makan tetapi banyak mendatangkan kemudharatan daripada kebaikan kerana bersifat amat kering dan panas. Daging kijang mempunyai kelebihan yang tersendiri dan ia sebaik-baik daging binatang liar. Daging arnab halal dimakan dan sesuai untuk menghangatkan badan serta mengeringkan badan. Daging Dhab satu-satunya haiwan dari keluarag Reptilia yang halal dimakan dalam Islam
15. Air
Khasiat : Sumber perubatan yang terpenting untuk manusia, membantu penghadaman, membantu perkumuhan, menyelaraskan suhu badan, melancarkan pergerakan sendi, membran dan sebagainya.
Dalam setiap bab diterangkan juga kaedah penyediaan ubat bagi setiao 15 superfoods tersebut. Contohnya penwar batuk dan kahak: Tumbuk bawang putih hingga hancur. Campurkan dengan madu. Makan 4 kali sehari sebanyak 100 gram setiap kali. Amalkan selama 7 hari berturut-turut.
Contohnya penawar cirit-birit: Basuh akar delima sehingga bersih. Rebus akar itu dan minum airnya. Dalam setiap bab juga mempunyai penerangan tentang petua dan larangan bagi setiap 15 superfoods.
Contohnya petua dan larangan penggunaan kurma: Nabi S.A.W. menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak. Ada pula hadith yang menyatakan Nabi SAW melarang sahabat Baginda memakan 2 biji kurma sekali gus.
Superfoods yang dimaksudkan dalam buku ini adalah semua bahan yang mempunyai khasiat, mineral, protein dan lain-lain yang bukan sahaja dapat memberikan kesihatan yang maksimum kepada manusia bahkan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Yang menjadikan penulisan ini begitu unik kerana kesemua superfoods dalam buku ini disertakan dengan nasnya yang jelas dalam Al-Quran. Selamat menggali ilmu dari buku ini !
ConversionConversion EmoticonEmoticon