Tajuk: The Hard Truth About Soft Skills
Pengarang: Peggy Klaus (2007)
Penerbit: Harper Collins Publishers
Bilangan Mukasurat: 190
Diterbitkan pada tahun 2007, buku ini antara yang terhangat di pasaran Malaysia yang sedang 'terkejut' dengan pendedahan "graduan kita tidak ada kekuatan soft skills" pada ketika itu. Hakikatnya, ramai orang bercakap tentang soft skills tanpa memahami pendefinisian soft skills yang sebenar.
Memulakan pendedahannya tentang soft skills, buku ini membentangkan hasil kajian Stanford Research Institute International and Carnegie Mellon Foundation yang menyatakan bahawa 75% daripada kejayaan jangka masa panjang dalam kerjaya seseorang bergantung kepada soft skills dan hanya 25% bergantung kepada teknikal skills. Justeru pendedahan ini membidas sejauh mana silibus dalam sistem pendidikan kita (yang memberi terlalu banyak penekanan kepada hard skills) mampu melahirkan sumber insan yang cemerlang dalam dunia kerjaya.
Secara ringkas, buku ini terbahagi kepada 8 bahagian:
1. Control yourself
2. Getting the job done
3. When you open your mouth.. and then some
4. Handling your critics
5. What, me political?
6. Branding and bragging
7. Hot buttons: gender, generation and culture
8. Leading the troops
Dalam bahagian 1, Klaus memulakan penerangannya tentang soft skills dengan aspek yang dikatakan sebagai 'kritikal' iaitu mengenali dan mengurus diri. Ia termasuklah kebolehan membuat keputusan, mendengar apa kata diri kita sendiri, mengambil risiko, keluar daripada rutin dan kejujuran terhadap integriti. Seseorang yang gagal dalam bahagian ini, boleh dianggap gagal sebelum memulakan kerjaya.
Antara yang menarik dalam bahagian 2 pula ialah bagaimana kita perlu menjawab 'no' apabila kita pasti sesuatu kerja itu tidak mungkin mampu kita selesaikan. Setiap orang perlu memiliki kemahiran 'bila kita perlu bertahan, bila kita perlu angkat kaki' terhadap situasi kerjaya. Klaus turut mendedahkan sikap kanak-kanak yang ada dalam diri setiap orang; bukan membantu tetapi boleh membunuh kerjaya. Antaranya ialah mengeluh, merungut, menghentam orang lain dan sebagainya.
Seterusnya dalam bahagian 3, Klaus menjelaskan tentang kepentingan mendengar melebihi kepentingan 'pandai bercakap'. Klaus sangat menyokong pentingnya konsep diam lebih baik daripada bercakap sesuatu yang kita tidak tahu. Menarik dalam bahagian ini ialah apabila Klaus mengatakan 'get smart about asking dumb questions'. Bukan tidak boleh bertanya, tetapi kita perlu bijak dalam melontarkan pertanyaan.
'Jangan menilai buku daripada kulitnya? We are so wrong. Books are judged by their covers and the same is true for us!' dan itulah kata-kata menarik Klaus dalam memulakan bahagian 4 buku ini. Klaus menyatakan betapa pentingnya kita menyatakan pandangan dan kritikan dengan bijak serta tidak perlu bertoleransi dengan ketua yang suka membuli pekerja bawahan. Sekali pun kita tidak memiliki ramai kawan di tempat kerja, ia bukan masalah selagi kualiti kerja terjaga. Kita harus bijak membuat garis pemisah dan batasan antara kemajuan kerjaya dengan pemusnahan kreadibiliti.
Dalam bahagian 5 pula, Klaus menekankan betapa perlunya kita 'learn the unspoken rules of our workplace'. Usah sesekali menjadi seorang yang terpengaruh dengan personaliti gemar bergossip. Menjaga hubungan baik sesama pekerja kedengaran sangat mudah, tetapi pesan Klaus 'kiss with caution'!
Banyak yang diungkapkan oleh Klaus melalui bahagian 6 sehinggalah ke bahagian akhir buku ini. Secara keseluruhannya, soft skills didefinisikan sebagai 'siapa kita, bagaimana kita berinteraksi dengan diri sendiri dan bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain'. Itulah inti pati soft skills. Namakan ia sebagai kemahiran insaniah, kemahiran generik, people skills atau social skills. Ia hanya merangkumi satu perkataan; interaksi.
Buku ini bukanlah satu-satunya buku berkaitan soft skills yang terbaik untuk kita baca. Namun buku ini boleh membuka pandangan kita terhadap pendefinisian soft skills dari perspektif sebenar. Selepas membaca buku ini, kita harus berani mengatakan 7 garis panduan soft skills yang disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia harus diteliti semula kerana ia tidak mendasari prinsip soft skills dalam erti kata sebenarnya.
Selamat membaca dan semoga kita dapat menjadi sebahagian daripada modal insan berguna. Amiin..
ConversionConversion EmoticonEmoticon