Pengarang : Benz Ali Pages: 253
Buku ini padat dengan idea yang menyanggah arus perdana; dan kecenderungan penulis nampak lebih pada - sosioekonomi, politik dan agama. Jujurnya, sebahagian besar gagasannya memang 'headshot' bak kata Kani, memang boleh kasi terhantuk dan terangguk. Mudah cerita, buku ini hanya satu kompilasi rambang seorang anak muda terhadap perkara - seperti agama. Orang Agama. Orang beragama. Orang tak beragama. Marhaen. Golongan Miskin. Tertindas. Syiah. Sunnah. Ekonomi. Kapitalis. Sosialis. Anarkis. dan banyak lagi yang kadang-kadang realistik, kadang-kadang idealistik dan kadang-kadang agak utopia. Pun begitu aku temui satu kesimpulan bahawa Benz Ali bukanlah seorang yang anti agama; atau atheist seperti yang orang kata kat dia. Dia sebenarnya sangat mencintai agamanya, mungkin lebih dari kebanyakan aktivis islam hari ini. Antara yang aku suka: 1. Seruan Benz supaya banyakkan membaca dan menulis. Dalam seminggu, Benz menggunakan 3 hari untuk membaca soal agama dan 4 hari selebihnya untuk membaca soal2 lain (ekonomi etc). 2. Rajinkan diri, jangan malas2. Entah berapa kali si Benz ni asyik ulang-ulang benda ni je. Kerajinan mengatasi kesarjanaan bak katanya. 3. Banyakkan fikir dan banyakkan aksi. 4. Kesah kpd orang miskin dan orang tertindas. Serius aku rasa ini isu yang paling banyak kasi headshot. Kena ada yang bantu mereka. Kena ingat, duit cukai depa kita jugak yang duk guna, duk bazir pada benda2 tak berfaedah.
ConversionConversion EmoticonEmoticon