#62 Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin

Tajuk: Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin
Penulis: Abdul Hadi Awang
Penerbit: PTS Islamika
M/s: 225



Alhamdulillah buku yang sempat saya baca dalam tempoh 2 minggu permulaan latihan industri ini menceritakan pemimpin2 yang muncul dari generasi awal yang bersama Rasulullah saw.

Buku ini pada pandapat saya, mengajar manusia memakmurkan dunia ini perlu bermula dengan pembangunan insan mengikut tuntutan Allah. InsyaAllah ini sebagai rahsia kejayaan Islam walaupun muslim kini lemah kerana meninggalkan ajaran Islam bahkan melaksanakan dengan tidak sempurna.

Secara umum isi-isi yang disentuh di dalam buku ini, banyak menyentuh perihal dan strategi khalifah Abu Bakar AsSiddiq. Juga banyak menceritakan ramai lagi sahabat2 dengan penuh spesifik dalamnya yang kurang pernah saya dengari sebelum ini. Bahkan buku ini memperlihatkan peranan yang dijalankan setiap anggota Islam sangat memotivasikan diri dan jiwa. Jemput baca .

Secara ringkas, Khalifah2 ini meninggalkan pengajaran yang banyak sepanjang pemerintahannya yang memakan masa hanya beberapa tahun. Tetapi menjadi pusaka ilmu yang memberi manfaat kepada kita kini.

Penulis juga kreatif dalam tulisannya dengan menafsirkan AlQuran dan Sunnah Rasulullah saw secara beramal dengan ajaran Islam yang menyeluruh, merangkumi akidah, syariat dan akhlak, iman, Islam dan ihsan.

"Berpegang teguh pada sunnah ku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin al-Mahyidin dan gigitlah sunnah sunnah itu dengan gigi geraham (pegang dengan kuat)" [Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmizi]
Previous
Next Post »