#24 Saring Sebelum Mereng

Buku : Saring Sebelum Mereng Penulis : Mat Rodi Muka surat : 236

"Saring Sebelum Mereng" merupakan koleksi tulisan-tulisan Mat Rodi berkenaan dgn isu-isu ekonomi, politik,polisi,korporat dan sosial yg dikupas dengan fakta dan ilmiah. Mat Rodi dilihat agak mem"back up" kerajaan dlm beberapa perkara. Bab:Ekonomi - Negara maju atau negara berpendapatan tinggi? Yang mana kita kejar dahulu dan penting? -Isu GST yg dikupas secara adil saya rasa. GST bukanlah solusi yg saksama kpd rakyat dlm menangani masalah negara seperti defisit. GST perlu seiring dgn CGT (capital gain tax) atau cukai kpd golongan super kaya saran Mat Rodi. -Peningkatan harga barang dan hutang dlm isi rumah akan berlaku dgn perlaksanaan GST -Perlunya penstrukturan semula sistem cukai di Malaysia. -Jurang kekayaan sangat lebar. Yg kaya lg kaya yg miskin terus papa Bab: Korporat/Polisi -Isu pembinaan Klia 2 yg menelan bnyk kos dan kedudukan yg begitu hampir dgn Klia. Air asia dikritik kerana ini permintaan mereka namun isu seterusnya diterangkan kenapa dan mengapa Air asia seperti itu - Kenaikan taarif oleh TNB dan masalahnya dgn IPP. Kenaikan taarif disebabkan harga sumber bahan mentah naik. Kerajaan byk tolong bg subsidi. - Mat Rodi tidak membawa fakta sebenar kenapa dan mengapa wujudnya IPP. (Org TNB tau) Bab: Politik -Menampakkan dia lebih berat ke arah kerajaan. -Mengatakan ini mmg negara demokrasi dan islamik. Membawakan fakta dan bandingan dgn negara-negara luar. -Mengkritik Pakatan Rakyat terutama PKR. (Rafizi Ramli, isu MB, kajang move) -PAS tidak ikhlas dlm membawakan isu hudud. Antara sbb tiada penerangan hudud kpd masyarakat. Ini tak berapa setuju sbb PAS ada ja buat penerangan hudud. -Panda di zoo negara satu keuntungan. Ekonomi akan meningkat sbb org nak tgk panda. (Panda: tanda hubungan diplomatik China & Malaysia, Malaysia perlu bayaq 60juta dlm tempoh 10tahun, fakta yg dibawa smpai sini, boleh cari dlm buku masharakat melawan mahasiswa, zul fikri zamir bawakan fakta secara lebih holistik) Bab:Sosial - Tiada yg menarik isu yg dibawa melainkan pentingnya sejarah dan kealpaan ummat Islam kini. -Sejarah negara perlu dibelajar dgn serius bukan hnya hafal dan muntah di atas kertas periksa. Lepas itu tiada apa. -Teringat kata-kata George Santayana, "Those who cannot remember the past are condemned to repeat it" -Ummat Islam kini lebih suka bertelagah dlm perdebatan yg sia-sia. Seperti wish selamat hari ibu haram or tak, selfie itu islamik or not n sebagainya. -Jelas kita kurang belajar dari masa lalu, zaman kebangkitan dan kejatuhan empayar islam. Kesimpulan. Mat Rodi berani melemparkan pandangannya yg mana bnyk di antara isu yg dilontarkan dikupas dgn penuh fakta dan kritikal beserta lenggok bahasa yg mudah difahami. Sejujurnya, ramai yg tidak mampu berbuat demikian termasuklah kita, si pejuang Islam (kononnya). Mungkin ada dua tiga perkara yg saya tak bersependapat (spt panda&hudud) namun ruang diskusi adalah tempat di mana kita perlu setuju untuk tidak setuju. Apa yg penting adalah kemampuan untuk berdiskusi secara matang dan ilmiah.
Previous
Next Post »