#63 Pandangan Amal Islam dalam Peradaban Ekonomi

Tajuk: Pandangan Amal Islam dalam Peradaban Ekonomi
Penulis: Nik Mustapha Hj. Nik Hassan
Penyunting: Nur Syahidah Abdul Jalil
Penerbit: Penerbit IKIM
M/s: 98



Alhamdulillah hr ni berjaya fokus pada satu buku tak tebal mana. Terlebih dahulu ingin perkenalkan Nik Mustapha Hj. Nik Hassan ini merupakan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia. Buku ini secara keseluruhannya merupakan hasil idea berdasarkan beberapa tulisan penulis sepanjang kerjaya beliau di Institut Kefahaman Islam Malaysia dari tahun 1993 hingga 2013 yang menyentuh mengenai pandangan alam Islam secara keseluruhannya.

Buku ini telah menekankan bahagian ;
1. Asa Falsafah dalam Pandangan Islam
2. Falsafah Ekonomi Islam
3. Islam dan Pengurusan
4. Pembangunan Ekonomi Menerusi Zakat
5. Peranan Wakaf Membangun Ummah

Selain itu juga, buku ini ada menyentuh secara terperinci mengenai realiti masyarakat semasa dengan memuatkan jadual hutang negara2 eropah terpilih daripada peratusan KDNK (peratus). Hal ini beberapa sistem barat yg digunapakai telah menunjukkan beberapa kegagalan dalam menguruskan ekonomi kerana lebih kepada kepentingan material dan individual.

Terdapat juga yang menarik adalah hasil kajian Thurow (pengkaji ekonomi dunia), berkongsi mengenai perbezaan strategi pengurusan dan pentadbiran Barat dan Jepun yang mana dapat dikesan dari segi matlamat pendekatan mereka.
1. Budaya ekonomi masyarakat Barat memberi penekanan kepada strategi memaksimumkan keuntungan dan kepuasan dari kepenggunaan iaitu lebih kepada kepuasan manusia.
2. Budaya pengurusan Jepun sebaliknya memberi penekanan kepada pembesaran kuasa ekonomi melalui penguasaan pasaran iaitu lebih menyatakan mereka dipandu oleh keinginan seperti membina, menjadi sebahagian dari sebuah empayar, menakluki empayar2 jiran dan menjadi kuasa ekonomi dunia.

Dalam falsafah pengurusan Islam pula, pengurusan secara dasarnya adalah satu proses penyusunan sesebuah organisasi, institusi atau negara untuk mencapai matlamat tertentu. Pelaksanaan proses ini mengkehendaki kerjasama semua golongan terbabit sepertu pentadbir dan kakitangan, pemerintah dan rakyat bagi mencapai kejayaan yang cemerlang. Bahkan, penulis menggambarkan sistem zakat dan wakaf juga mampu membawa kepada pembangunan ekonomi.

'Ala kulihal, untuk lebih perinci, jemput baca . Xpun boleh cari buku yang tulisan penuh tanpa sunting, dalam english tak silap.

"Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi niscaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." - AlHajj : 41
Previous
Next Post »