#43 Tuhan Sedang Menguji Kita

Tajuk: Tuhan Sedang Menguji Kita
Penulis: Ustaz Kazim Elias (UKE)
Penerbit: Karangkraf
Mukasurat: 331

Buku yang menjadi 'best seller' ini terbahagi kepada 6 bab utama.
Penulisan dalam buku ini lebih kepada pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh UKE dalam menjalani ujian ketika berdakwah.

1. Musibah mendidik kesabaran
2. Tika ujian menyapa
3. Tangisan dalam penjara kehidupan
4. Jagailah Akhlakmu
5. Cinta ini milik kita
6. Ujian Mengajarku Berbicara

Apabila bercakap mengenai ujian, sememangnya masing-masing mempunyai cerita yang tersendiri. UKE sendiri pernah dicemuh dan dihambur dengan kata2 yang kasar dan disantau orang. Malah pernah dihulurkan sejumlah wang utk menyantau org lain. Pernah juga digoda dan difitnah oleh wanita yang diminta utk mengahwini mereka.

Walaubagaimana hebat pun dugaan yang kita hadapi, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan ujian para nabi. Ya, perbandingan itu penting. Tapi, biarlah perbandingan itu dibuat dengan mereka yg jauh lebih dekat kedudukannya dengan Allah.

Sekiranya kita dihadapi penyakit, bandingkanlah kesakitan kita dengan Nabi Ayub. Baginda lebih teruk sakitnya tapi masih lagi mampu melaksanakan ibadat.
Sekiranya kita merasakan diri terlalu daif dan miskin. Ingatlah bahawa Nabi Isa lebih miskin berbanding kita namun masih boleh menunaikan ibadah.
Sekiranya kita kaya dan berharta, yakinlah bahawa tiada siapa yg mampu menandingi kekayaan Nabi Sulaiman. Baginda tidak sombong walau dikurniakan kekayaan.
Seandainya kita merasakan diri ini terlalu sibuk atau mempunyai kedudukan, bandingkanlah dengan Nabi Muhammad s.a.w. yg lebih sibuk untuk memimpin negara namun lebih hebat ibadahnya berbanding kita.

Secara keseluruhan, buku ni boleh dijadikan muhasabah dan persediaan utk sesiapa yang ingin ingin berkecimpung dalam medan dakwah.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu"
Al-Baqarah | 216

Nak tahu kisah lucu ttg hari perkahwinan UKE?

Jom baca ' Tuhan sedang menguji kita'
Previous
Next Post »