#39 Semangat Hutan

Tajuk: Semangat Hutan
Penulis: Ramlee Awang Murshid (RAM)
Penerbit: Alaf 21
Muka surat: 519


Ini merupakan novel yang kedua dari tiga novel yang menceritakan Ejim sebagai watak utama. Novel yang pertama bertajuk Penunggu Rimba Tombirou (disyorkan membaca novel ini terlebih dahulu).
Sinopsis.
Novel kedua ini membawa kisah sedih di mana adik kembarnya, Amiruddin meninggal dunia di hujung cerita. Walaupun kembar, namun wajah Ejim tidak seperti Amiruddin bahkan bukan seperti manusia dan tinggal di dalam hutan. Dalam diam, Ejim mencintai kekasih adiknya itu, Wan Suraya. Tujuh tahun yang lalu, akibat salah faham dan silap tafsiran, Wan Suraya dan Amiruddin terpaksa memendam rasa bergurindam jiwa dan menahan luahan cinta kerana menyangka masing-masing sudah mempunyai pilihan di kamar hati.
Namun semuanya berubah apabila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi yang terhempas di Hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya. Benar,Wan Suraya terlibat dengan nahas kapal terbang itu. Dengan semangat cinta yang terkubur tujuh tahun lalu dan ditemani sahabat baik, Amiruddin meredah hutan mencari Wan Suraya.
Naluri kuat yang dirasai oleh Ejim bahawa adikntnya itu ke hutan turut membawa dirinya ke dalam hutan yang sama. Dengan kuasa Allah, Wan Suraya dan beberapa mangsa nahas dipertemukan Amiruddin dan Ondu. Bermulalah kisah cinta Wan Suraya dan Amuruddin setelah terluah jua rasa yang terbuku di dalam jiwa. Ejim dari jauh memerhatikan kebahagiaan adiknya dan Wan Suraya. Sebagai seorang abang, dia turut gembira. Dalam mencari jalan keluar dari hutan tebal Keningau itu, mereka diserang oleh Rogon (sejenis makhluk pemakan manusia). Amiruddin diserang bertubi-tubi oleh Rogon. Ejim ketika itu berjaga-jaga di sungai kerana menyangka Rogon akan melalui sungai untuk sampai kepada mereka. Dengan kemahiran selok-belok hutan, Ejim mengetahui Rogon sudah menyerang Amiruddin dan lain-lain. Ejim membunuh Rogon namun sudah terlambat. Selepas beberapa hari di ICU, Amiruddin telah meninggal dunia. Wan Suraya tersangatlah sedih kerana impiannya untuk diijab kabul bersama Amiruddin, insan yang dicintainya itu telah tiada. Ejim kemudiannya di bawa ke Kuala Lumpur oleh Dr Haslia (salah seorang mangsa) untuk mengubah wajah Ejim kepada wajah manusia walaupun Ejim tidak mahu. (Ejim dilalikan). Tammat. (Sambungan cerita di novel ke tiga)
Nilai-nilai murni
1.Sepanjang saya membaca novel-novel tulisan RAM, mesti terdapat nilai kehambaan terhadap Allah. Kekhusyukan beribadah dan kebergantungan kepada Tuhan itu tinggi. Insaf.
2. Saling berkasih sayang sesama insan walaupun bukan dari keluarga sendiri.
3. Agama kunci ketenangan jiwa.
4. Jika ada perasaan terhadap seseorang, luahkan. Takut nanti menyesal.
5. Bersyukur dengan kurniaan Allah. (Walaupun Ejim hodoh tapi dia tak mahu ubah wajah.)
Komen/cadangan
1. Biasalah novel. Kadang-kadang satu muka hanya satu perkara ja yg ingin diberitahu. Banyak bunga-bunga. Hehe.
2. Penggunaan bahasa kadazan dusun yang sedikit sebanyak tambah pengetahuan bahasa. Contoh: Guminavou zou diau- i love you.
3.Saya syorkan kepada semua bacalah novel sekali sekala. Mainlah dengan emosi dan imaginasi anda. In shaa allah tajam fikiran.
4. Sebenarnya ini bukanlah novel cinta. Lebih kepada thriller. Tetapi saya merasakan RAM berkebolehan menulis novel cinta yang baik kerana pengolahan ayatnya sedap di baca. Namun penulisannya tidaklah terlalu puitis seperti Buya Hamka.
Allahua'lam.
Previous
Next Post »