#34 Emotional Intelligence; Why it can matter more than IQ
Tajuk: Emotional Intelligence; Why it can matter more than IQ
Pengarang: Daniel Goleman (1995)
Penerbit: Bantam Books, NY
Bilangan Muka Surat: 413
Sebuah buku dalam kategori 'buku lama', tetapi mencetuskan fenomena kajian tingkah laku manusia di seluruh dunia selepas ia diterbitkan. Di Malaysia, ia dijadikan asas kepada kajian soft skills yang diperkenalkan mulai tahun 2005 di peringkat IPT (sedikit celahan: padahal ilmu berkaitan soft skills disebut dengan sangat jelas dalam kitab Ihya Ulumuddin yang terbit jauh lebih awal, kita memang lebih mudah menerima teori barat huh?)
Emotional Intelligence bercerita tentang keadaan 'when smart is dumb' sebagai pengenalan. IQ tidak disertai EQ menjadikan manusia hidup tanpa kemanusiaan.
Goleman mentafsirkan emotional intelligence sebagai
1. Mampu mengenal emosi sendiri
2. Mampu mengurus emosi sendiri
3. Mampu memotivasikan diri sendiri
4. Mampu mengenali emosi orang lain
5. Mampu membina hubungan interpersonal
Menurut Goleman, dari pekerja rencam sehinggalah ke pegawai atasan; yang penting dinilai bukanlah kecerdasan intelektual, tahap pendidikan atau kemahiran teknikal, tetapi yang penting dinilai ialah kecerdasan emosi.
Setiap orang tidak dilahirkan dengan kecerdasan emosi, jadi ia adalah satu ilmu yang perlu dikaji dan dipelajari.
Mengambil kata-kata Aristotle sebagai pembuka, "Anyone can become angry - that is easy. But to be angry with the right person, to the right degree, at the right time, for the right purpose, and in the right way - this is not easy" menjadikan buku ini sebagai sebuah buku yang menarik untuk kita baca. Penyampaiannya bersahaja dan mudah difahami.
Secara peribadi, saya mengatakan buku ini sebuah buku yang baik. Dalam kita mengejar kejayaan intelektual bersama deretan gred A, seringkali kita terlupa bahawa sahsiah diri yang membentuk personaliti tidak boleh ditolak ke tepi sama sekali. Pendidikan awal bermula dari rumah. Ibu bapa tidak seharusnya menghalang aktiviti sosial terkawal untuk anak-anak, hanya kerana mahu anak-anak duduk belajar di rumah (demi A yang akan dibanggakan kepada jiran tetangga).
Kelemahan buku ini hanyalah kerana ia tidak mengambil konsep emotional intelligence secara menyeluruh. Kebanyakan teori barat memang menolak elemen keagamaan dalam kajian mereka. Goleman hanya menyebut tentang 'doa' dalam sebahagian kecil buku ini sahaja.
Saya masih menunggu Emotional Intelligence karya Goleman ini diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Unit penterjemahan negara memiliki kepakaran menyesuaikan intipati karya penulis barat dengan budaya masyarakat Malaysia.
ConversionConversion EmoticonEmoticon