#8 Shamsiah Fakeh. Pejuang,Pemimpin dan Perempuan.

Tajuk buku: Shamsiah Fakeh. Pejuang,Pemimpin dan Perempuan. Penulis: Azzah AR
Tarikh mula: 9/1/2015 Tarikh akhir: 27/1/2015

Shamsiah fakeh dituduh seorang komunis. Seorang yang membunuh anak sendiri. Adakah benar dakwaan itu? 1924. Shamsiah Fakeh Sultan dilahirkan. Mendapat pendidikan di Sumatera yang menekankan semangat nasionalisme yang kuat. Kembali ke tanah air dan dinikahkan dengan seorang jejaka bernama Yasin Kina. Kisah hidup Shamsiah sangat tragis. Bercerai sebanyak 5 kali sebelum menghembuskan nafas terakhir. 2 orang anaknya mati akibat kelaparan dan dibunuh. Hidupnya dihutan. Berlari dari penjajah yg gila. Seorang tokoh nasionalis negara ini. Ketua AWAS. Angkatan Wanita Sedar AWAS,API,GERAM antara kumpulan berhaluan kiri yang menentang British. Dia antara tokoh yg dikatakan seorang komunis. Seangkatan dgn geng2 rashid maidin semua tu.Dia juga pernah mnganggotai pkmm. Persatuan kebangsaan melayu malaya sewaktu Dr burhanuddin Helmy jadi YDP. Hidupnya tiada lain selain menggadaikan jiwa dan raga demi kemerdekaan tanah air. Dipecat dan dikhianati oleh PKM. Dipenjarakan selama 2 tahun di China. Sewaktu pemerintahan Tun M ahli-ahli PKM dibenarkan pulang. Shamsiah pada waktu bukanlah ahli PKM tetapi sudah dilucutkan keahlian. Shamsiah Fakeh seorang wanita yang cukup-cukup tabah dalam menghadapi dugaan. Antara kata-kata beliau, "Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu,punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak". Tanggal 20 Oktober 2008, beliau menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan bukunya yang berjudul, "Memoir Shamsiah Fakeh" Mungkin kita tidak mengenal tokoh-tokoh yang sebenar-benarnya yang memperjuangkan kedaulatan tanah air yang tercinta ini. Semoga kita menjadi mereka yang memperjuangkan kebenaran.
Previous
Next Post »