#35 Tafsir Al Kahfi - Nouman Ali Khan (pdf)

Tajuk: Tafsir Al Kahfi - Nouman Ali Khan (pdf)
Pengarang: (Unknown)
Penerbit: -
Pages: 54



Kata Nouman Ali Khan, Mahathir Hassan Ghahari dalam usahanya mengkaji surah Al-Kahfi, menyatakan bahawa umat Islam akan melalui beberapa fasa:

Fasa 1:
Kisah pertama dalam surah Al-Kahfi iaitu berkaitan pemuda yang melarikan diri demi menjaga dan melestarikan tauhid mereka. Sheikh Mahathir Hassan Al Gharari berpendapat bahwa ketika sebagian besar dunia Muslim dijajah, para ulama' bangkit melawan penjajahan ini. Sejumlah besar ulama' syahid di medan ini. Maka wujud segolongan yang seolah-olah 'melarikan diri'. Kerana kerapnya Islam tewas di medan tempur, mereka bergerak kearah mendirikan institusi ilmu (pondok, pesantren dsb). Institusi yang memutuskan diri dari mengikuti kalender Romawi, atau makan dengan garpu dan sudu, tidak pula mereka belajar bahasa Inggris, Jerman atau Perancis. Mereka terus dengan mempertahankan bahasa arab dan mempelajari Al-Quran dan Sunnah. Mereka membentuk 'cave-like institutions' untuk melindungi iman. Strateginya, bilamana para penjajah dah pulang, mereka akan bangkit dan kembali semula kepada masyarakat.

Namun, penjajahan pasti meninggalkan sisa-sisanya dan sisa terbesar yang mereka tinggalkan adalah materialisme. Kerana itu, kebangkitan Islam yang diharapkan ditolak, ditentang, dipandang serong oleh masyarakat kerana masyarakat sudah larut dengan jiwa yang materialistik.

Fasa 2:
Kisah kedua dalam Surah Al-Kahfi adalah juga tentang materialisme iaitu kisah dua lelaki dengan sebuah kebun. Kisah ini berkisar seorang lelaki yang mempunyai kebun yang hebat tetapi tidak menyandarkan kurniaan tersebut kepada Allah. Maka Allah menghukum lelaki tersebut dengan menarik dan menghancurkan kebun tersebut. Akhirnya lelaki tersebut kembali bertaubat. Perkaitannya dengan umat Islam. Hari ini, negara-negara Islam adalah negara yang kaya dengan sumber-sumber semula jadi. Namun umat Islam tidak dapat menggunakannya kerana penguasaannya bukan ditangan orang Islam. Allah (swt) menarik nikmat ini, menghina dan merendahkan umat Islam sebagai akibat dari kebergantungan mereka pada materialisme.

Fasa 3:
Kaum Muslimin kemudian akan melihat ujian-ujian dan kesengsaraan yang akan dilalui
dan akan ada yang mempersoalkan mengapa ini semua berlaku sedangkan umat islam adalah umat yang terpilih dan kita adalah orang-orang dari Quran? Umat Islam akan berada dalam keadaan tertekan dengan ketidakadilan, kezaliman dan penindasan ke atas umat Islam, lalu mereka gagal memahami bahawa ini adalah sebahagian dari rencana yang lebih besar. Ini berkait dengan kisah Musa AS di mana kesabaran diperlukan dalam memahami hikmah di atas setiap perkara yang berlaku, walaupun perkara tersebut sedikit pun tidak menyebelahi kita.

Fasa 4:
Akhirnya aturan Allah (swt) akan dibentangkan di Timur dan di Barat tanda kembalinya pengaruh Islam seluruh pelusuk dunia. Fasa ini diikat dengan kisah kisah Dzul-Qarnanyn - seorang pemimpin yang mempunyai empayar yang luas lalu dia pergi ke Timur dan ke Barat menetapkan keadilan di mana pun dia pergi.

Secara peribadi, ini satu tafsiran yang menarik dari banyak-banyak tafsiran yang ada. Kisah-kisah surah Al Kahfi ini menceritakan perjalanan Islam dan sifat umat Islam dulu, sekarang dan akan datang. Padanya jelas yang dulu sudah berlaku dan yang sekarang sedang berlaku, maka yang akan datang tentu berlaku.

Selain itu, surah ini menitik beratkan ancaman dan bahaya materialism. Ini juga jelas dalam masyarakat islam sekarang. Manusia lebih pentingkan pasu (jasad, fizikal) dari bunga (roh, jiwa). Pasu dihiasi lebih-lebih tetapi bunga dibiarkan layu dan mati.

Wallahualam.

Jadi biasa-biasakan diri untuk membaca surah ini setiap Jumaat. Ada mungkin hati-hati kita sudah melekat dengan cara hidup yang materialisk. Mudah-mudahan memahami dan menghayati surah ini mampu membersihkan hati-hati kita daripada materialisme. Semoga dunia ini tangan kita bukan hati kita.

Nota Hujung:
File pdf surah ini diambil dari linguisticmiracle.com. Saya tidak pasti sama ada ini tulisan Nouman Ali Khan atau nota student beliau yang dicatat ketika kelas Ustaz Nouman Ali Khan.
Previous
Next Post »