#71 Dari Tanjung Malim ke Klcc

Tajuk: Dari Tanjung Malim ke Klcc
Penulis: Fdaus Ahmad
Penerbit: DuBook Ceritera
Bilangan mukasurat: 197



Buku yang dibeli semata-mata untuk menghabiskan baki baucer buku tahun lepas ni akhirnya khatam dalam beberapa jam. Bukan sebab bukunya yang nipis, tapi cara penulisan dia yang sangat santai dan kelakar memang mempercepatkan lagi proses pembacaan.

Kalau dibaca oleh A. Samad Said atau Angah (pensyarah Bahasa Melayu Korporat saya dulu), mahu kena marah penulis buku ni yang tidak menjaga bahasa ibunda ditambah pula dengan ejaan bahasa inggeris yang asal ada bunyi je kira lepas la.

Kalau dibaca pada tajuk, mungkin ada yang membayangkan kisah perjalanan penulis dari Tanjung malim ke klcc tapi itu hanyalah sebahagian saja dari keseluruhan isi kandungannya. Secara kasar, buku ni lebih kepada pengalaman dan kisah hidup Fdaus Ahmad ni dari kecik sampai la besar, dari bujang sampailah sudah beranak tiga.

Susah nak percaya yang penulis ni background sekolah agama ( bekas pelajar sma sultan azlan shah dan KISAS) sebab....kena baca sendiri la baru tahu😅.

Secara peribadi, buku ni tidaklah memberi inspirasi seperti Diagnosis2 atau pun buku2 lain yang dibaca sebelum ni, tapi saya syorkan untuk dibaca sekiranya ingin menghiburkan hati yang kecewa sebab baru kena marah dengan bos di tempat kerja atau kena marah dgn sv di tempat praktikal sebab lambat masuk kerja atau kena marah dengan ustaz adnan sebab tak lancar bacaan (cc pelajar tahfiz). Pasti tersenyum seorang diri. Tapi sekiranya ada perkara yang lebih penting maka buku ni bukanlah awlawiyatnya (terjemahan : Keutamaannya)
Tak percaya?
Cubalah...
Previous
Next Post »