#7 Fatwa untuk Wanita

Buku: Fatwa Untuk Wanita
Pengarang : Dr Yusuf Al-Qaradawi Pages: 110 Mula: 08:15pm, 26 Jan 2015 Tamat: 11:23pm, 26 Jan 2015 Total time: 3 jam 08 min


Summary: Buku ini menghimpunkan beberapa fatwa yang menjawab persoalan-persoalan penting berkaitan wanita. adakah suara wanita itu aurat? apa hukum pergaulan lelaki perempuan? bolehkah bersalam lelaki perempuan bukan mahram? apa hukum bagi salam kepada lelaki? dsb. Bab 1: wanita itu fitnah dan suara wanita adalah aurat Islam memuliakan wanita. Hadis sahih mengatakan 'tiada fitnah yang lebih dasyat melainkan fitnah wanita' diseleweng dari maksud y sebenar. Hadis ni sering digunakan utk menyalahkan para wanita atas segala kejahatan y berlaku kerna punca kejahatan adalah dari wanita. Ini tidak benar kerna fitnah wanita sama spt fitnah2 lain spt harta dan anak2. (Dalil Al-Anbiya: 35, Al-Anfal: 28, Al-Munafiqun: 9) Dr Yusuf Qaradhawi kata bab suara wanita aurat bagi dia tidak ada bukti atau hujah y kuat. Bab isteri2 nabi bercakap disebalik hijab tak applicable pada wanita lain kerana syariat kpd isteri2 nabi adlh lebih berat drpd wanita biasa. Malah pd zaman nabi, wanita dibenarkan utk bertanya dan bercakap dalam majlis Rasulullah. Adapun surah Al-Ahzab: 32 yang melarang wanita bercakap dgn suara mendayu-dayu dan melunakkan suara kerna ini mampu merangsang perasaan dan nafsu lelaki. Bab 2: Hukum lelaki melihat wanita dan wanita melihat lelaki Boleh melihat perhiasan zahir (anggota y bukan aurat). Aurat mughallazah (aurat berat) boleh dilihat hanya pada keadaan darurat spt rawatan. Hukum pandangan pertama: pandangan yamg tidak dapat dielakkan. Hukum pandangan kedua: khilaf ulama. Pandangan y dilarang adalah sekiranya melihat dengan penuh kelazatan dan hawa nafsu. Juga dilarang apabila dikhuatiri menimbulkan fitnah Bab 3: Pergaulan lelaki dan perempuan Ikhitilat adalah satu perkataan asing yang dimasukkan dlm kamus islam. istilah ikhitlat baru diketahui pada zaman ini, tidak pada jejak kurun yang lama. Secara umumnya, islam tidak meletakkan hukum ikhtilat. Tetapi, Islam melihat pd maslahat dan mudharat, gambaran2 dan syarat2 yang perlu dijaga. Syarat: 1. kedua pihak kena tundukkan pandangan (An-Nur: 30-31) 2. Wanita kena berpakaian sopan 3. Wanita perlu menjaga adab muslimah spt tidak guna perkataan yang menggoda (Al-Ahzab: 32), jalan dgn sopan santun (An-Nur: 31), bersifat malu (Al-Qasas: 25). 4. Menjaauhi dari perbuatan y menarik dan memikat spt wangi2an dan corak perhiasan ketika di jalanan atau berdepan dgn lelaki. 5. Dilarang berdua-duaan. Bab 4: Hukum lelaki memberi salam kpada wanita Jumhur ulama berpendapat boleh memberi salam dengan syarat selamat drpd fitnah. 1. Ucapan salam kpd sekumpulan wanita tak sama dgn ucapan kpd seorang wanita. 2. Ucapan salam dlm dewan dgn suasana sopan santun tidak sama di jalan raya dan seumpamanya. 3. Ucapan salam pensyarah kpd pelajar atau individu y sama peringkat umur tidak sama dgn ucapan kpd org biasa. Bab 5: Hukum wanita menziarahi lelaki sakit Banyak dalil y jelas membolehkan lelaki melawat wanita dan sebaliknya. Spt Rasulullah melawat Doba'ah bt Zubir, Ibnu Abbas melawat Saidatina Aisyah dan banyak lagi. Malah melawat orang y sakit banyak dalil yang menerangkan ganjaran dan kelebihannya. Bab 6: Hukum bersalaman dengan yang bukan mahram Dr Yusuf Qaradhawi mengatakan bersentuhan kulit adalah tidak haram sekiranya bebas dari fitnah dari kedua-dua pihak maka dibolehkan berjabat tangan jika ada keperluan. Contoh keperluan y digunakan Dr Yusuf Qaradhawi adalah apabila saudara mara y dari jauh atau lama tidak berjumpa datang ziarah, maka boleh bersalaman dengan mereka. Kesimpulan: 1. Boleh bersalam kalau tidak dengan nafsu berahi dan selamat daripada fitnah. 2. Perlu terbatas kepada keperluan. Sikap seorang muslim yang teguh dengan agamanya dalam bab ini adalah tidak memulakan berjabat tangan. Namun bila diajak berjabat, baru dia berjabat. Bab 7: Hukum dan Syarat Wanita Bekerja Wanita boleh bekerja tetapi dgn syarat: 1. Bukan pekerjaan yang haram 2. Perlu mematuhi adab spt cara berjalan, cara bercakap, cara berpakaian dan setiap gerak geri. 3. Tidak mengabaikan. tanggungjawab seorang isteri dan ibu. Wallahualam. Ini pandangan dan fatwa Dr Yusuf Qaradhawi. Dibolehkan utk kita terima atau tolak pendapatnya berdasrkan kefahaman dan ilmu masing2 dari sumber2 dan ulama2 yang benar.

Previous
Next Post »