#25 Senyum dan Tawa Rasulullah SAW

Buku : Senyum dan Tawa Rasulullah SAW ~
Pengarang: Misbah Em Majidy
Muka surat: 244




Buku ini mampu mengukir senyuman dan mengembalikan aura positif dalam diri kerana kandungan buku ini menceritakan sirah Rasulullah SAW dalam bersosial dgn masyarakat sekeliling. Dan berupaya membuatkan anda tersenyum dan ketawa seorang diri seperti orang kurang siuman 😅. Kandungan buku ini juga bertindak sebagai nasihat dan amaran kepada pembaca kerana ia secara tidak langsung melibatkan diri kita. Selain itu, buku ini juga mencerminkan keperibadian Rasulullah SAW yang sentiasa positif meskipun aura negatif menerpa Baginda.

Kandungan buku dpt dipecahkan kpd 2 bahagian:
Dalil yg berkaitan tentang senyum dan ketawa
Kisah2 senyum dan tawa Rasulullah SAW dgn;
- Keluarga
- Wanita
- Kanak-kanak
- Para sahabat
- Golongan Badwi yang skeptis dan agresif

"Senyummu ketika berjumpa saudaramu adalah ibadah" - HR Baihaqi: 7935

Oleh itu, senyumlah selalu
Previous
Next Post »