#60 Catatan Mat Luthfi

Tajuk: Catatan Mat Luthfi
Penulis: Muhammad Luthfi bin Rohime
Penerbit: Open Bridge Publication Sdn. Bhd.
Muka surat: 241 



Mat Luthfi merupakan salah seorang Youtuber lokal yang terkenal dan sinonim dalam kalangan muda mudi. Beliau giat dalam aktiviti kesedaran awam dan peka dengan keadaan semasa yang berlaku lebih-lebih lagi di Malaysia meskipun beliau menuntut di perantauan. Pendekatan beliau gunakan ialah dengan menggunakan media sosial FB, Twitter, Youtube dsb. Mat Luthfi gemar membuat video dan memuat naik ke dalam Youtube, pelbagai isu disentuh selari dengan keadaan semasa meskipun pada awalnya tujuan beliau membuat video hanyalah untuk ibunya sempena "Mother's Day" tetapi mendapat tentangan daripada ibunya kerana beranggapan melanggar syarak dan penghargaan sebegitu bukannya sekadar sehari tetapi setiap hari. Dari situ Mat Luthfi merasakan ibunya 'demanding' untuk mahukan video setiap hari.

Catatan Mat Luthfi merupakan buku pertama beliau dan sememangnya tidak menjangkakan beliau akan mencapai tahap sedemikian, lebih-lebih lagi popularitinya setaraf selebriti tempatan. Buku ini menceritakan tentang garis hidup Mat Luthfi secara 'kasar', tetapi fokus lebih kepada kehidupan beliau sebagai seorang mahasiswa yang menuntut dalam bidang arkitektur.
Secara total, buku ini menggarapkan beberapa elemen halus dan nyata seperti nasihat, pengalaman hidup, sarkastik, motivasi dsb.

Berkat sokongan daripada rakyat jelata, Mat Luthfi mendapat beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award dll. Tetapi, bagi beliau itu semua hanyalah anugerah daripada manusia dan merasakan anugerah terbaik beliau miliki adalah anugerah untuk menulis dan membaca kerana anugerah itu datang daripada Pencipta. Dan akhir sekari, kepada sesiapa yang ingin mengenali Mat Luthfi secara luaran sahaja, buku ini mungkin solusinya. Dapatkannya segera!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Review dari pembaca lain.

Catatan yang menarik mengenai penulis sendiri yang telah melalui beberapa bab kehidupan. Seorang yang belajar di luar negara dalam bidang arkitek. Pendapat peribadi, buku ini menarik sebab ada beberapa 'point' yang disampaikan dengan bersahaja. Penulis menyentuh bab Agama, Islam, kehidupan mahasiswa, politik, masyarakat dan isu semasa. Bagi saya, antara isi utama dalam buku ini adalah untuk kita menjadi seorang yang mempunyai pemikiran kritis, bukan sekadar tutup sebelah mata. Sekian. P/s:buku menarik tapi isi nya x sepadat atau ditekan seperti dalam buku2 self-help atau management. Risau cepat lupa je apa yang penulis nak sampaikan.
Previous
Next Post »