#29 Aku Ingin Kembara Lagi

Tajuk : Aku ingin kembara lagi
Pengarang : Dr. MAZA

Penerbit: Grup Buku Karangkraf
Bil. ms: 257




Sebelum share pasal buku ni, please allow me to share this

Passion membaca buku berbentuk cerita (novel) tak sama dengan passion baca buku ilmiah (Not to say novel tak ilmiah, but paham2 ler apa yg sy nak bezakan hehe. Mungkin kerana novel banyak bermain dengan emosi manakala buku ilmiah banyak bermain dengan akal. Again, not to say buku ilmiah tak bermain dengan emosi or vise versa).


So nak ceritanya, bila baca tulisan2 yang berbentuk cerita itu lebih menarik dan teruja untuk tahu the next, and next and next tanpa paksaan. Tapi bila buku ilmiah, mungkin ada elemen memaksa diri sikit (akal kata baca, hati kata hmmm). So sikit sebanyak, saya risau, takut diri dhaif ni dah semakin jauh dengan buku2 ilmiah. Membaca dengan akal semata dan membaca dengan hati lain. Sangat lain.


Alhamdulillah lepas dah habis baca buku ni, rasa risau tu hilang sikit (tapi belum sepenuhnya, sebab I can't take this for granted). Penulisan Dr MAZA kembali menyentuh hati saya (biiznillah). Saat menghabiskan baris2 terakhir, hampir menitis air mata.


Kenapa? Banyak sebab. Antara sebabnya, tajuk ini ada kaitan dengan saya. Sebak.


InsyaAllah, akan menyusul ringkasan yang tak seberapa dari saya pasal buku ni.


Sorry for taking your time baca luahan (aceceh) ni. Hehe. Apapun,


Semoga Allah terus menambah nikmat keinginan dan dahagakan ilmu, pada kita semua insyaAllah.



Buku ini secara kasarnya, membicarakan pelbagai perkara sepanjang Dr. Maza bertugas as felow di OCIS, Oxford. Bukan hanya mengenai Oxford, malah mengenai Malaysia, Jordan dan banyak lagi. Mengingatkan saya, bahawa perjalanan mengelilingi bumi bukan hanya perlu dibuka mata zahirnya, tetapi juga perlu dibuka mata hatinya. Menganalisa permandangan bukan hanya dengan pancaindera mata malah semuanya, termasuk hati dan akal! Sedikit ulasan bab2 tertentu (Bukan ringkasan semata, tetapi refleksi sekali): # Menceritakan bagaimana orang yang dulunya dihukum bunuh sebagai pengkhianat, tetapi ratusan tahun kemudian manusia di situ mengangkatnya sebagai hero. (Cari: 'Oxford martyrs'). Shows to us that, tak semua benda yang kita buat akan diterima, so apa yang penting buat apa yang Tuhan suka. #Menceritakan sikit sebanyak pasal kekejaman Gaddafi (pernah memerintah Libya) yang akhirnya dibunuh rakyatnya sendiri. Gaddafi yang sangat megah berkuasa ketika hayatnya, siapa sangka akhirnya begitu. Refleksi utk kita bahawa Allah Maha Berkuasa atas segalanya, Dia memuliakan siapa yang dikehendaki & Dia menghina siapa yang dikehendaki. #Satu lagi subtajuk yang menarik "Apabila Agama menghakis Tuhan". Bagaimana manusia sekarang yang mengaku beragama tetapi hidupnya jauh dari Tuhan. Apabila Tuhan hanya didatangi di saat perayaan. Dan bagaimana Atheism semakin berkembang yang kadang2 disebabkan oleh persoalan yang dilontarkan tidak mendapat jawapan yang tuntas dan sikap sesetengah pembawa agama yang suka menghukum. Erm. Sebenarnya sangat banyak lagi yang menarik dalam buku ni. Dr MAZA menimbulkan sesuatu topik, lalu dihurai pendapat dan pandangan beliau dalam tulisannya. Well, mungkin ada yang kita setuju, mungkin ada yang kita kurang setuju. Adat lah tu. So, bacalah buku ni. Sangat menarik, insyaAllah. Seolah kita berada di Oxford hehe. Wallahualam.
Previous
Next Post »