Pengarang : Buya HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amrullah)
Muka surat: 102
Diterbit oleh: Pustaka Dini
Di bawah lindungan kaabah merupakan salah satu gugusan novel yg ditulis ulama nusantara yg terkenal iaitu buya Hamka.
Novel ini mengisahkan cinta dua insan iaitu Hamid dan Zainab yg tidak kesampaian. (sedih ) Hamid dan ibunya dibesarkan dan dibantu oleh keluarga Zainab selepas kematian ayahnya. Hamid sedari kecil (bangku sekolah) sgt rapat dgn Zainab. Hubungan mereka saling tak tumpah seperti adik dan abang sehinggalah tamat persekolahan.
Hamka sempat menggambarkan suasana pada zaman itu yg agak tertutup iaitu menghadkan perempuan dari menuntut ilmu dan bergaul. Selepas tamat zaman persekolahan, Zainab terus tidak bebas, (hanya berada dlm rumah).
Hamid terus merantau menuntut ilmu setamatnya dari sekolah. Namun gelisah di jiwa menjadi tanda tanya. Hamid pulang ke pangkuan ibunya setelah bercerainya (baca:mati) Haji Jaafar (ayah Zainab). Pernah juga Hamid ke rumah Zainab, namun tiap kali berdiri di hadapan perempuan yg dicintainya itu terus dia kaku dan bodoh lidah. Tidak kuat untuk berterus terang. Tidak lama selepas itu ibunya pula menyusul ke alam barzakh.
Hamid kemudianya ke rumah Zainab selepas dipaksa Mak Asiah (mak zainab) ke situ. Sekali lg masing-masing kelu lidah. Mak Asiah menyuruh Hamid memujuk Zainab utk berkahwin dgn anak saudara arwah ayahnya. Dgn berat hati, Hamid terpaksa menurut arahan Mak Asiah.
Setelah itu Hamid pun berpergian ke Makkah. Mendalami ilmu. Sempat Hamid menghantar surat kepada Zainab memujuk utk diperjodohkan dgn anak saudara Haji Jafar.
Kurang lebih 2 tahun berada di tanah arab itu, Hamid menemui Saleh, sahabatnya dulu di Indonesia yg ke Makkah. Saleh menceritakan segalanya kepada Hamid.
Isterinya Saleh, Ros teman rapat Zainab. Zainab tidak tertahan lagi dirundung kesedihan menanggung pilu akhirnya terbit jua dari mulut dalam jiwa sarat cinta pada si dia (Hamid). Zainab ditimpa sakit disebabkan itu. Akibat kasihankan Zainab, Mak Asiah tidak memaksa dia utk berkahwin.
Hamid mengutuskan surat kpd Zainab menerangkan rasa cintanya juga. Namun celakanya jika kekasih hati jauh nun di sana. Seorang dekat di Kaabah seorang di tanah jawa.
Hamid juga ditimpa sakit. Sehingga satu ketika melakukan ibadah haji terpaksa mengupah orang mengangkatnya utk bertawaf.
Dalam masa itu, dtg telegram dari Ros mengatakan Zainab telah wafat. Hancur luluh hati Hamid.
Selesai tawaf itu, Hamid memegang kiswah Kaabah erat sambil memohon doa. Dengan aliran air mata laju, suaranya semakin perlahan dan terhenti. Dibibirnya terukir senyuman dan... sampailah waktunya. Lepas dia dari tanggapan dunia yg berat ini, dengan keizinan Tuhannya. Di bawah lindungan Kaabah! Cinta mereka tidak ke jinjang pelamin.
Gaya bahasa dan susun kata dalam novel ini sangat puitis. Jujur sgt indah. Ahhh. Bacalah sendiri. Rasa cinta itu hidup. Hehehe.
ConversionConversion EmoticonEmoticon