#70 Bohong Di Dunia

Tajuk: Bohong Di Dunia Penulis: Prof Dr Hamka Penerbit: Pustaka Dini (cetakan 2010) Bilangan muka surat: 106
Dari tajuknya sudah kita ketahui bahawa buku ini menghidangkan pembacanya perihal bohong yang rata-rata kita pernah melakukannya. Bohong atau dusta bukan hanya melalui saluran tutur lisan bahkan perbuatan juga. Wollatson menegaskan kejahatan akhlak, ertinya ialah mengingkari kebenaran dengan perbuatan. Misalnya mencuri. Inilah perbuatan mendustakan hakikat sebenarnya kerana pada hakikat itu barang curi bukan hak si pencuri. Kita hendaklah bersikap terus terang dalam menghadapi suatu perkara. Inilah salah satu tanda jiwa merdeka. Berkata benarlah walaupun pahit. Hamka juga membawakan pandangan dari tokoh barat seperti Aristotle, J.J Rosseau, Stanly Hall dan Ferraini. Aristotle membenarkan berbohong demi mencapai sesuatu tujuan baik. Ajaran ini diteruskan oleh Niccole Machiavelli iaitu "matlamat menghalalkan cara" sehingga dicatatkan dalam bukunya "The Prince". Rosseau, Stanly Hall dan Ferriani membawakan dapatan kenapa seseorang itu boleh berbohong dari hasil kajian mereka yang dilakukan ke atas subjek rata-ratanya daripada kanak-kanak. Disimpulkan kepada beberapa elemen kenapa seseorang boleh berbohong. 1.khayalan 2.takut 3.keinginan 4.malas 5.menjaga kehormatan diri Kesimpulan Manusia itu jika diteliti habis-habisan amat sukar sekali kita ketemu dengan yang tidak pernah berdusta. Maka tiadalah jalan lain selain memajukan diri dan menginsafi kemajuan peri kemanusiaan dalam kehidupan. "Bahagialah orang yg sentiasa memperhatikan aib cela dirinya dan bukan memperhatikan aib kecelaan orang lain". Kemerdekaan suatu bangsa adalah hasil kemerdekaan jiwa. Salah satu bukti suatu jiwa yang masih budak, jiwa hamba ialah kebiasaan berbohong,kebiasaan memungkiri janji dan kebiasaan tidak bertanggungjawab atas suatu kesalahan yang dilakukan dan tidak mengakuinya. #Tidak melepasi spesifikasi saya kerana tidak membawakan sumber atau status sesuatu maklumat yang dimuatkan seperti hadith-hadith nabi dan kata-kata para ulama. Allah Maha Mengetahui.
Previous
Next Post »