#61 Mahasiswa Bangkit

Tajuk: Mahasiswa Bangkit
Editor: Hasbie Muda
Penerbit: Magazine Leadership Consultancy
Pages: 188




Bismillah
Susah sebenarnya nak menghabiskan buku ini. Buku ini bukan novel yang diulit dengan sastera yang menghiburkan hati atau buku agama yang menjadi genre kegemaran saya. Buku ini berkisar soal sejarah dan sarat dengan tarikh dan fakta. Namun kata-kata ustaz hasrizal menyabarkan diri ini untuk menghabiskannya. Katanya,
"Jika kita membaca LILLAHI TA’ALA, kita membaca kerana mahu bertemu dengan kebenaran. Maka semasa membaca bahan seperti bahan sejarah, kita menyabarkan diri dengan ‘kebosanan’. Sejarah tidak perlu ditokok-tambah. Malah kita tidak mahu ia ditokok-tambah. Kita membaca sejarah kerana kita mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku."
Dan mungkin kata-kata ini juga boleh bantu anda semua bersabar dengan review yang panjang ini.
Buku ini adalah himpunan risalah atau artikel daripada beberapa org penulis (11 semuanya) yang dijemput khas oleh saudara Hasbie Muda (editor buku ni). Mereka yang dijemput adalah aktivis persatuan mahasiswa daripada latar perjuangan yang berbeza-beza. Hal ini adalah supaya para pembacanya dapat keluar daripada kejumudan pemikiran satu hala lantas menjadi golongan yang mampu menilai dan menganalisa pandangan-pandangan yang dikemukakan dengan adil.
Buku ini bermula dengan penulisan Hazwan Baharom yang mengkritik keghairahan mahasiswa yang tertumpu pada aktiviti yang tidak intelektual. Sebagai contoh, Aktiviti utk memecahkan rekod seperti susun donat, susun dodol, susun kepala botol dan sebagainya. Baginya ini adalah pengkhianatan terhadap peranan universiti. Fungsi universiti adalah medan perkembangan ilmu untuk menjadikan masyarakat terdidik dan cerdik. Persoalan yang ditimbulkan penulis, dimana kualiti inovasi universiti kita? Di saat universiti di Eropah berlumba-lumba menghasilkan penerima Nobel prize, kita pula berlumba-lumba menghasilkan bendera gumpalan kertas terbesar.
Beberapa artikel seterusnya membentangkan peristiwa-peristiwa bersejarah gerakan mahasiswa dan pola politik kampus di universiti-universiti khususnya UM. Tulisan-tulisan yang pada saya, berjaya menggambarkan keseluruhan perjuangan gerakan mahasiswa, baik dari sudut pandang pro-establishment dan juga anti-establishment.
Kemudiannya, buku ini membawa perbincangan ke arah analisa halangan dan cabaran mahasiswa dalam perjuangan, kepentingan mempertahankan bahasa Melayu serta keutamaan ilmu dan jati diri universiti. Juga ditekankan agar kita bukan lagi hanya kekal menjadi pengguna ilmu tetapi perlu beralih menjadi pengembang ilmu. Di akhirnya, buku ini menyentuh soal AUKU, kesannya terhadap pembangunan mahasiswa dan beberapa pindaan cadangan yang mampu membantu Malaysia mencapai kebebasan akademik yang sebenar.
Membaca perihal mahasiswa dahulu (especially era 60-70) menjadikan saya malu. Malu untuk bergelar mahasiswa. Perjuangan mereka dahulu bukan hanya bermain di pagar-pagar universiti namun dirasai di peringkat nasional. Merekalah watchdog kepada masyarakat, mendepani isu-isu ummah, memimpin arus perubahan dan menjadi pressure group yang menyemak dan mengimbangi (check and balance) pemerintahan negara yang tercinta.
Bak kata Saifuddin Abdullah di dalam kata pengantar buku ini, "Buku ini amat penting. Kelahirannya perlu dirayakan. Demi gerakan mahasiswa, kualiti universiti dan masa depan Malaysia!"
Salam perjuangan!
Previous
Next Post »