Penulis : Prof. Dr Muhaya Mohamad
Terdapat 9 bahagian dalam buku ini termasuklah pelajaran, fesyen, perhubungan, kesihatan, kewangan, dilema dalam diri, persahabatan, politik & disiplin.
Buku yg berformat soal jawab ni sangatlah sesuai utk student macam kita semua, InshaaAllah.
Kat sini, ada beberapa mutiara kata daripada Prof. yg boleh sama2 kita renung dan fikirkan.
📌Bahagian 1: Pelajaran.
Susun skrip hidup supaya kita nampak matlamat hidup kita dgn jelas.
Preview adalah aktiviti mengkaji dan membaca suatu subjek sebelum kuliah bermula.
Kita mudah lupa sekiranya kita tidak membaca dlm tempoh 24 jam.
📌Bahagian 2: Fesyen
Setiap kali kita berpakaian, kita mempunyai dua pilihan, mahu memilih syurga ataupun neraka.
Org yg yakin pd dirinya sendiri, akan sentiasa nampak cantik.
Apabila kita nampak org yg tidak elok, kita doakan mereka.
📌Bahagian 3: Perhubungan
Org melayan kita sebagaimana kita melayan diri kita. Sekiranya kita tdk menghargai diri kita, org lain juga tdk menghargai diri kita.
Dua perkara yg perlu kita jaga setiap hari adalah apa yg kita kata kpd diri dan sentiasa menjangkakan perkara yg baik.
Kita mempunyai dua pencuri pd setiap saat iaitu penyesalan pd perkara lepas dan ketakutan pd masa hadapan.
📌Bahagian 4: Kesihatan
Kita sakit bukan disebabkan kuman, tetapi kerana badan kita lemah. Apa yg melemahkan kita? Pemikiran negatif yg membuatkan kita lemah.
Proses penghadaman karbohidrat lebih cepat daripada proses penghadaman protein.
📌Bahagian 5: Kewangan
Jadikan amalan sedekah sebagai tabiat.
Apabila kita suka memberi tanpa mengharapkan balasan, kita akan berasa tenang sahaja. Apa yg kita utamakan adalah memberi.
📌Bahagian 6: Dilema dalam diri.
Apabila kita menjaga urusan akhirat, Allah menjaga urusan dunia kita.
Setiap org berbeza-beza, kita perlu yakin dgn keunikan yg kita ada.
📌Bahagian 7: Persahabatan
Apabila kita berlapang dada, masalah menjadi kecil. Apabila kita sempitkan dada, masalah menjadi besar.
Universiti adalah tempat utk kita memupuk nilai2 jati diri dgn pelbagai cabaran dan kesusahan.
📌Bahagian 8: Politik
Hormati pandangan org lain kerana setiap org mempunyai pandangan yg berbeza.
Apabila kita sibuk perbetulkan diri sendiri, kita tidak akan nampak kesalahan org lain.
📌Bahagian 9: Disiplin
Bagaimana cara membetulkan diri? Caranya adalah dgn perbetulkan cara kita berfikir.
Org berjaya tidak melihat setiap perkara itu sebagai gagal atau berjaya, tetapi mereka melihatnya sebagai feedback mechanism.
Buku ni sangat simple dan best.
Prof menulis seolah-olah beliau sedang bercakap dengan pembaca tu sendiri.
Highly recommended!
ConversionConversion EmoticonEmoticon