Pengarang : Ustaz Fadzil noor
Mukasurat: 140
Mula :28 Januari 2015
Tmat: 4 Februari 2015
Aqidah dlm perjuangan sgt penting utk umat islam yg bergelar daie dan yg memegng amanah khalifah Allah fi muka bumi.tanpa aqidah yg kukuh perjuangn seseorg tu senng terpesong. Buku ni teknkn kepentingn ilmu dlm perjuangn
Dalil al quran
At taubah:122
'Mngapa tdk pergi dri tiap2 golongan diantara mereka beberapa org utk mmperdlmkn pengetahuan mereka tentang ag n utk mmberi peringatan kpda kaumnya apabila mereka telah kembali kpdnya supaya mereka dpt menjaga diri'
Dia terang jugak kepntingan aqidah secara menyeluruh pda kehidupan seharian kita..
Contoh2 yg diberi is berdsarkn sirah2 nabi,al quran n kisah2 perjuangn para ulama dlm menegakkn islam..
Walluahalam
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tatkala dunia diselaputi dengan pelbagai rencam dan kerancuan, buku ini, iaitu hasil kerja tangan dua tokoh besar negara malahan dunia diselusuri supaya bisa menjernihkan kembali keadaan yang semakin keruh. Tidak perlu lagi saya kenalkan dua tokoh yang digeruni lawan dan kawan ini yang kebanyakkan masa dalam hidup mereka diwakafkan atas nama perjuangan Islam. Contoh yang perlu kita ambil terutama pemuda yang menggalas nama Muslim di bahu masing-masing.
Sebagai seorang Muslim, kita tidak dapat lari dari persoalan akidah hatta dari elemen kepimpinan itu sendiri. Akidahlah yang akan memandu sesuatu gerakan atau pemerintahan ke arah yang betul seperti mana yang dikehendaki oleh Islam. Di dalam buku ini menggariskan perkara pertama yang amat penting ialah ilmu. Dimulai dengan ayat suci al-Quran yang mafhumnya "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" [1] dan diikuti dengan ayat 112 surat at-Taubah (boleh semak Quran masing-masing) menunjukkan perihal pengetahuan sangat dititikberatkan oleh Islam. Islam tidak melahirkan umatnya yang bodoh dan bacul. Ilmu laksana cahaya yang menyuluh akal dan hati makrifat Allah dan segala tuntutannya. Tidaklah patut amal dilakukan hanya seperti burung kakak tua yang pandai menutur tetapi tiada faham atas apa yang ditutur itu. Dalam persoalan akidah juga tidak boleh bertaqlid selagi mana ada upaya untuk menuntut mencari ilmu dan kefahaman.
Setelah itu dibawakan juga soal amal dan tazkiah. Seseorang pemimpin/anggota harakah Islamiyah mesti menjadi contoh yang baik kepada orang lain dengan segala amal soleh. Tiadalah guna jika ilmu setinggi gunung tapi amal hanya serendah busut anai-anai. Tiadalah guna amal memenuhi langit tapi riak dan takabur serupa diri pemilik alam (tazkiah nafs/suci jiwa).
Lihatlah dunia Islam hari ini. Kejatuhannya akibat kejahilan dan pengaruh Barat/luar yang semakin mencengkam. Hal ini terjadi kerana soal pertama tadi tidak dihayati dengan sebetulnya. Mengapa Allah turunkan wahyu pertama dalam kalimah bacalah? Dan kenapa kalimah ini diturunkan dalam keadaan kata suruhan/ fee'l amar?. [2] Tepuk dada tanya iman.
Perjuangan menaikkan bendera tauhid ini sememangnya tidak akan pernah sunyi dari halangan dan cabaran. Baik dari dalam atau luar. Ustaz Fathi Yakan mengingatkan kita dalam bukunya "Bahtera Penyelamat" berkenaan 5 pihak yang mengganggu gugat seseorang Muslim itu terutama di atas jalan juang ini. [3] Ingatlah tentang perkara ini sahabat semua.
Oleh sebab itu di dalam buku ini dimuatkan satu bab persediaan dalam menyiapkan diri dalam perjuangan. Terdapat tiga perkara yang perlu diambil perhatian. Pertama, persiapan fikrah. Tulisan berkenaan persiapan fikrah dimulai dengan beberapa persoalan yang menampar diri ini berkali-kali. "Berlaku jujurlah kepada diri sendiri, tanyakan pada diri berapa banyak buku-buku Islam yang sudah dibaca dan difahami, berapa banyak hadith-hadith Nabi yang dihayati difahami dan diamalkan, sudah berapa banyak ayat-ayat al-Quran yang ditadabbur?" [4] Menyentuh persediaan kedua dan ketiga iaitu Persiapan Jiwa dan Persiapan Jemaah tidak saya sebutkan di sini huraiannya.Nak tahu apa yang dibahas oleh dua tokoh besar dalam perkara ini, saya sangat alu-alukan untuk membacanya sendiri. Rasakan sendiri.
Di muatkan juga penentangan-penentangan ke atas gerakan Islam di dalam dan di luar negara supaya pembaca boleh melihat "big picture" dalam perjuangan ini. Di akhir-akhir buku ini, diselitkan juga bab "Muslimat dan Perjuangan". Kisah-kisah Zainab al-Ghazali, adik perempuan Syed Qutb disertakan untuk memberi pengetahuan dan pengajaran bahawa muslimat itu merupakan antara watak penting dalam pementasan wayang gerakan islam ini. Semoga segala gerak laku kita diredhai Allah.
•••••••••••••••••••••••••••••••••
[1] al-Alaq 1-5, Al-Quran.
[2] Dr Zulkifli al-Bakri, " Kuasa Iqra", PTS Islamika, ms 8.
[3] Halangan-halangan itu ialah
i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya
[4] Pertanyaan ini diriwayatkan secara makna oleh saya. Boleh semak dalam buku untuk kepastian.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Komen saya
1. Antara kriteria sesuatu buku menjadi kesukaan saya adalah mempunyai nota kaki seperti menyatakan sumber itu diambil atau sekurang-kurangnya menyatakan sumber sesuatu hadith. Untuk buku ini, kebanyakan hadith yang dibawa dinyatakan sumber tetapi dalam matan arab dan tidak diterjemah dalam rumi.
Allahua'lam.
ConversionConversion EmoticonEmoticon