16 orang terbunuh dan hampir 200 orang cedera parah; bukan untuk Natrah semata-mata, tetapi demi maruah agama Islam yang diinjak Belanda. Tragedi rusuhan demi Natrah dan Islam sesungguhnya telah menggemparkan seluruh dunia. Rusuhan ini dianggap sebagai rusuhan 'membela agama dan membelasah penjajah' paling berani dalam sejarah peradaban manusia. Begitulah bermulanya biografi Natrah; bukan sekadar biografi biasa tetapi menyingkap kisah bersatunya umat Islam di seluruh Tanah Melayu, Indonesia dan Singapura. Natrah ialah tragedi yang mematahkan hati, namun mampu menyatukan umat Islam di bawah satu panji. Sebuah sejarah yang panjang dicatatkan mulai 1937, sebelum Perang Dunia Kedua sehingga ke tahun 2009 apabila Natrah meninggal dunia selepas pulang melepaskan kerinduannya di bumi Malaysia. Natrah, warganegara Belanda dilahirkan di Bandung, Indonesia. Ketika usianya 6 tahun (era penjajahan Jepun), dia diserahkan sebagai anak angkat kepada Che Aminah, seorang bangsawan terpelajar dan kaya-raya dari Kemanan yang menjadi peniaga bersama suaminya di Bandung ketika itu. Che Aminah dipilih sebagai pelindung kepada Natrah kerana kebolehannya menguasai pelbagai bahasa menyebabkan tentera Jepun pun sangat menghormatinya. Natrah dibesarkan dengan kemewahan, juga mengikut cara hidup orang Melayu beragama Islam atas persetujuan ibu kandungnya sendiri. Ketika ayah Natrah menjadi tahanan tentera Jepun dan kacau-bilau berlaku di Bandung, Natrah diselamatkan oleh Che Aminah dan dibawa pulang ke Kemaman. Pada tahun 1950 ketika usia Natrah 13 tahun, tiba-tiba sahaja keluarga kandungnya menuntut Natrah dikembalikan. Cerita disebalik tuntutan itu ialah; lamaran seorang pegawai British bernama Locke terhadap Natrah ditolak oleh Che Aminah, lantas Locke membalas dendam membuat pendedahan tentang 'anak Belanda di Kemaman'. Locke memberitahu Che Aminah perlu membawa Natrah ke Singapura bagi menyelesaikan isu hak penjagaan Natrah. Rupa-rupanya Che Aminah telah ditipu. Di Singapura, sudah tersedia keluarga Natrah dan undang-undang penjajah yang mahu menuntutnya kembali. Perbicaraan bermula. Che Aminah dan Natrah dipisahkan. Mahkamah memutuskan Natrah perlu pulang ke Belanda. Natrah enggan. Rayuan dibuat dan Che Aminah menang. Natrah terus tinggal bersama ibu angkatnya itu di Singapura. Tuntutan kedua yang memisahkan Natrah dan Che Aminah bermula selepas Natrah berkahwin dengan Mansur Adabi, seorang usahawan berusia 22 tahun (Natrah, 13 tahun ketika itu). Perkahwinannya mendapat liputan meluas di Singapura (berita perkahwinannya merebak sehingga ke Belanda). Tiada siapa menyangka kebahagian itu menjadi punca penderitaannya dan punca rusuhan yang mengorbankan nyawa. Di Belanda, tersebar berita "gadis Kristian perlu diselamatkan" merujuk kepada perkahwinan Natrah. Tuntutan kedua bermula dengan campur tangan gereja. Natrah kemudiannya dilarikan dan disembunyikan di sebuah gereja di Singapura. Perbicaraan mahkamah bermula. Natrah, seorang muslim. Kesnya di Singapura mendapat liputan di seluruh negara sehingga ke Indonesia. Che Aminah tewas perbicaraan kedua. Perkahwinan Natrah gagal menyelamatkannya dari dipaksa pulang ke Belanda, bahkan perkahwinan itu tidak sah di sisi undang-undang penjajah. Natrah dilarikan ke Belanda. Rusuhan yang mengorbankan nyawa bermula; bukan demi Natrah tetapi demi Islam yang diinjak maruahnya. Natrah yang dibesarkan dengan kasih sayang dan kemewahan, memulakan hidup dalam kesedihan dan kesusahan di Belanda. Usahanya kembali ke Malaysia tidak pernah berjaya, sehinggalah pada tahun 2009. Natrah kembali atas usaha wartawan yang membuat dokumentari kesan penjajahan Belanda. Menggarap keseluruhan hidupnya di Belanda dan US (berhijrah ke US demi hidup yang lebih baik), Natrah hanya mengisi hidupnya dengan trauma, rindu dan kecewa. Natrah meninggal dunia pada 8 Julai 2009 di Belanda akibat luekemia. Berakhir hidupnya yang penuh trauma. Namun persoalan 'apakah agama terakhirnya' tidak terjawab, meski pun ramai dalam kalangan umat Islam berharap perjuangan mempertahankan akidah Natrah puluhan tahun yang lalu, tidak sia-sia. Natrah mewasiatkan jenazahnya tidak dikebumikan, tetapi dijadikan sumbangan kajian penyakit leukemia. Hanya Allah yang mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Betapa kekejaman penjajahan bukan sekadar kekejaman fizikal semata-mata. Ia terlalu jauh melangkaui adat, adab dan agama, menghina kasih sayang sesama manusia. Semoga kisah Natrah menjadi pengajaran kepada kita juga.
#57 Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata
Tajuk: Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata
Pengarang: Fatini Yaacob
Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Bilangan mukasurat: 474

ConversionConversion EmoticonEmoticon