#45 Bicara Iqra'

Tajuk: Bicara Iqra
Penulis: Dr Zulkifli Al-Bakri
Muka surat: 136
Penerbit: PTS Islamika cetakan 2013



Dr Zulkifli, terasa untuk menulis buku ini selepas di jemput oleh USIM untuk menyampaikan syarahan perdana di perpustakaan di sana bersempena "Program Pembudayaan Intelektual dan Mesra Pelanggan"- "Iqra' Dalam Membentuk Manusia Hebat" (UNITEN boleh buat program seperti ini).

"Bicara Iqra" yang terbahagi kepada 13 bab ini wajar ditekuni oleh setiap insan terutamanya mahasiswa agar semangat membaca dibenih dan disemai mengikut saluran yang betul.

Dimulai dengan penjelasan ringkas tafsir surah al-Alaq, iqra' kalimah pertama dari wahyu tuhan menandakan bertapa sangat pentingnya membaca dan menambah ilmu ini.

Sejarah para alim ulama' turut dinukilkan bersama dalam makalah Dr Zul ini. Bertapa cintanya para ulama' terhadap ilmu membuatkan saya sangat kagum, hormati dan sayang kepada mereka.

Terdapat juga tips menggalakkan membaca, cara dan minat ulama' dlm membaca, teknik dan kemahiran membaca berkesan dan sebagainya. Seperti tercatat di atas, buku ini sangat penuh dgn ilmu dalam mendidik dan memandu semangat iqra' bagi setiap insan.

Antara bab yang penting adalah "Awasi Empat Perkara Ketika Membaca".
Empat perkara tersebut adalah

1)Kurang sabar ketika membaca dan menelaah buku
-Hilangnya ketabahan, tekad yang waja dan semangat jitu dlm menelaah kerana pelbagai ragam dunia yang timbul yg menggangu sehingga mengketepikan buku beralih kpd yg lain.
-Menumbuhkan kebiasaan membaca dlm diri adalah hal utama dilakukan kita.

2)Kurang tumpuan
- Bencana bg kita sekiranya membaca buku ilmiah secara suka-suka. Hanya membelek seperti akhbar harian bukan menekuni kerana nak cepat habis. Kononnya menjadi jagoan membaca.
-Faktor membantu tumpuan membaca. Waktu yang tepat,tempat yang nyaman, bebas gangguan serta fikiran yang lapang dan jernih dan bersungguh-sungguh serta memiliki semangat yang membara akan berhasil. In shaa allah.
3) Tidak memeliki sistem bacaan yang jelas dan betul
-Ini bg saya part yang sgt penting. Kadang-kadang kita tak tahu nak mula dari mana dan bagaimana nak mula.
-Kita kena tahu tujuan apa untuk dicapai. Skala keutamaan membaca dapat membantu kita membaca.
-Keadaan belum matang dan kekuatan sempurna salah satu perkara perlu di titikberatkan.
(Hadis Arba'in Nawawiyyah belum pernah baca namun semangat nak mengkaji Fathul Bari yang berpuluh jilid) Semangat itu bagus namun kbnykan terkandas dgn sifat malas dan kembali tidak smngt) Semoga Allah mengurniakan kekuatan.
4)Tidak mengamal ilmu yang dibaca atau dipelajari
- Inilah masalah kita. Rajin baca malas mengamal. Lama-lama keberkatan ilmu diambil semula. Seperti yang dikongsi kak laily, alquran×hadis×no amal=0 pahala.

Kesimpulan
Dalam era permodenan yang rancak berlaku, tabiat membawa semakin berkurangan terutama dalam kalangan mahasiswa. Perolehan ilmu diganti dengan hiburan dan keselesaan. Usaha kita sekarang adalah mendapatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Ini membawa ilmu pengetahuan yang tulen bergerak serentak dengan pembacaan.
Sesunggunya setiap ilmu itu milik Tuhan Maha Bijaksana, Allah jalla jalahu.
Previous
Next Post »