Tajuk: Pedagogi Bahasa Tertindas
Penulis: Zul Fikri Zamri
Penerbit: DuBook Press
Muka surat: 136
Sebuah lagi hasil kerja tangan dan otak dari penulis muda ini yang merupakan pelopor Teach For The Needs (TFTN). Buku yang kedua ini tidaklah begitu sarat dengan fakta seperi buku "Masharakat Melawan Mahasiswa" yang pernah saya ulas di sini lewat Januari lalu.
Penulisan kali ini bercorakkan ceritera yang mengumpulkan empat watak yang menjadi pelakar cerita. Dr Hussein Taha, anaknya Widya Wassini dan juga anak saudaranya iaitu Zulfa Ali serta ayah kepada Zulfa dan adik kepada Dr Hussein, Datuk Farid Nasr.
Widya yang sedang melanjutkan pelajaran di manchester terganggu dengan dasar kerajaan terhadap Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris, lantas menulis surat kepada ayahnya, agar memujuk adikya, Datuk Farid seorang ahli politik berjawatan tinggi dalam kerajaan yang mampu mempengaruhi dasar yang diputuskan.
Namun Datuk Farid mengabaikan surat dari abangnya itu Dr Hussein, atas faktor menjaga kepentingan politiknya dan memarahi Dr Hussein hanya kerana Dr Hussein mengajaknya dia berbincang dalam isu PPSMI ini.
Dek kerana rajuknya yang menggunung, Dr Hussein ke Mekah membawa diri. Widya dan Zulfa sering berutus surat dan membincangkan isu-isu Sains dan Matematik bukan dalam bahasa ibunda, bahasa Melayu dan apa itu epistemologi.
Zulfa dan Widya ke Makkah kerana melawat Dr Hussein. Malang tidak berbau. Mereka terlibat dengan kecelakaan jalan raya yang meragut nyawa Dr Hussein dan Widya dan Zulfa koma beberapa bulan.
Datuk Farid sangat kesal atas kejadian ini. Sebagai menebus dosanya terhadap abangnya itu, dia insaf dan kemudiannya mempengaruh kerajaan menukar kembali dasar yang mematikan bangsa itu sendiri.
(Time baca part ni tetiba ada org potong bawang)
Seperti yang diceritakan di atas, isu PPSMI yang menjadi tema penulisan ZFZ dalam ceritera ini. ZFZ memang terkenal sebagai pembawa isu-isu pendidikan di Malaysia. Walaupun PPSMI telah dimansuhkan, beliau menggambarkan isu-isu yang perlu disentuh dan dititik beratkan oleh kita semua lebih-lebih lagi mahasiswa. Sesungguhya antara faktor kemajuan sesebuah tamadun adalah bahasa bangsa itu sendiri yang telah melalui pelbagai proses transformasi manusiawi.
"Bahasa melambang bangsa", sedutan skrip yang diungkapkan Tan Sri P.Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok.
Allahua'lam.
ConversionConversion EmoticonEmoticon