Pengarang: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Tarikh Mula: 5 Januari 2015
Tarikh Tamat: 25 Januari 2015
Pages: 509
Bismillah, kenapa buku yang tebal ini menjadi pilihan untuk memulakan resolusi 2015.
Pertamanya adalah kerana seni tulisannya dan cara penulis mengolah isi dalam buku ini seolah-olah kita sedang berinteraksi dan menerima mutiara kata dari penulis.Benarlah ia adalah pesan hati untuk hati.
Ya benar.
Ia menusuk hati.
Buku ini dimulakan dengan bait ayat yang saya kira membuatkan diri yg lemah ini untuk terus bertahan membaca:
"Jangan hanya hidup tapi binalah kehidupan,
Jangan hanya jadi manusia tapi milikilah sifat kemanusiaan,
Jangan hanya mencari keperluan tetapi burulah tujuan,
Jadilah Hamba Allah yang penuh rasa kehambaan!
InsyaAllah,akan melimpah ketenangan...
sekalipun sedikit kesenangan.."
Buku ini dibahagikan kepada 23 bab.
Banyak point-point yang disentuh,nak ditulis disini mungkin lelah sy untuk olah balik..boleh terbitkan buku lain pulak sy kira..
cuma secara generalnya,
buku ini berpesan kepada hati kita untuk sentiasa akrab dengan Rabb dan jangan alpa seterusnya menyentuh tentang takwa.
Penulis mengolah dengan membaca(tuntuntan iqra') dan belajar dari alam dapat meningkatkan lagi keakraban kita dengan Pencipta.
Membaca umpama memberi makanan kepada akal dan memberi cahaya kepada hati.
"when you stop learning you stop leading".
[berhenti membaca=berhenti memimpin]
bila umat islam malas membaca,kita akan berhenti 'belajar'.Apabila kita berhenti belajar,kita akan berhenti memimpin.Pada ketika itulah kita berhenti memimpin.
belajar dari alam?
Alam ini ialah Mahakarya Tuhan,yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang kewujudan,kehebatan dan keagungan PenciptaNya.Hakikatnya alam ini ialah sekolah insan.Amat malanglah manusia yang tidak pandai menggunakan akal mereka sebaik-baiknya.Mereka malas menimba ilmu, apatah lagi untuk memerhatikan kehebatan Allah SWT di sebalik makhlukNya yang berteberan di sekeliling kita.
setakat ni dulu update ana ye.
InsyaAllah dari hari ke hari akan ade pesan hati untuk hati..
ade 23 bahagian..sy dah rumuskan 3 bahagian..ade lagi 20 bahagian..
x mampu nk rumus sekaligus.
ConversionConversion EmoticonEmoticon