Buku : Rich Dad Poor Dad
Penulis : Robert T. Kiyosaki & Sharon L. Lechter
Penerbit : Rhythm
Mukasurat : 194
Buku ini merupakan buku yg sangat sesuai kepada org yg mahu menjadi kaya. Maksud saya adalah buku ini dapat membuka mata kita akan dunia sebenar kita di luar (zaman bekerja). Buku ini menceritakan bgaimana Robert T. Kiyosaki belajar mengenai kuasa wang.
Dalam bukunya robert mnceritakan dia mempunyai 2 orang ayah. Seorang ayahnya adalah seorang yg sangat bijak. Mempunyai PHD dan sangat mementingkan pelajaran tetapi miskin (poor dad). Seorang lagi ayahnya adalah seorang yg tidak habis pun sekolah menengah tetapi kaya. (Rich dad).
Robert hidup dibesarkan dalam keadaan diajar 2 cara hidup yg berbeza. Seorang menyuruh robert belajar dan dptkan PHd, kemudian wang akan menyusul. Seorang kata dengan belajar mengenai kuasa wang barulah dia akan memperoleh kebijaksanaan. Dua2 bapanya berjaya bezanya adalah seorang perlu kerja keras cari wang sepanjang hidup seorang lagi bakal jadi org terkaya di Hawaii.
Robert akhirnya memilih untuk menerima nasihat bapa kaya untuk belajar menguasai wang namun robert juga habiskan degreenya.
Mengapa perlu tahu tentang kewangan?
1. Kisah Charles Shuab (antara org terkaya di Amerika tahun 1923) yg mati dalam kemiskinan selepas pinjam wang.
2. Kisah atlet pro berumur 24 thn yg pendapatan berjuta2 dollar setahun tetapi hidup merempat pada usia 34 thn.
3. Banyak kisah pemenang loteri berjuta2 dollar namun sekarang miskin.
Aset dan liabiliti
1. Ramai org menjadi miskin kerana tidak tahu beza aset dan liabiliti.
2. Aset : sesuatu yg masukkan wang dalam saku saya.
Liabiliti : sesuatu yg keluarkan wang dari saku saya.
3. Renungkan kata2 ini :
-orang kaya membeli aset
-orang miskin hanya punyai perbelanjaan.
-orang kelas pertengahan membeli liabiliti yg disangkanya aset.
Mengusahakan perniagaan sendiri
1. Kekayaan adalah keupayaan utk hidup di hari2 mendatang- buckminster fuller
2. Mengusahakan perniagaan sendiri x bermaksud buka syarikat sendiri.
3. Aset yang benar : perniagaan yg tak memerlukan kehadiran saya. Saya memilikinya tapi diuruskan oleh orang lain.
Buku ini banyak rajah2 yg memudahkan kita memahami apa itu aset libiliti, cara hidup org kaya. Sebab ketika ini robert baru berumur 9 thn ketika belajar cara2 ini dari bapa kayanya.
Muhasabah dari buku
1. Pendapat saya bila membaca buku ni kita sepatutnya ada cita2 untuk menjadi kaya. Tapi untuk jadi kaya pun perlu ada sebabnya. (Bantu saudara kita)
2. Ramainya orang nk jadi kaya atas sebab nak jadi senang di masa tua nnti. Xde masalah fikir macam tu. Twist niat nak jadi kaya sbb nk bantu org.
3. Ruginya orang miskin adalah sebab dia hilang pahala dari segi nak infaqkan hartanya ke jalan Allah..
ConversionConversion EmoticonEmoticon