Sebuah buku yang menarik untuk dibaca bagi sesiapa yang merindui kata2 dan nasihat Allahyarham Tuan Guru. Buku yang menjadi 'best seller' terbitan Karangkraf ini terbahagi kepada 8 bab utama yang membincangkan hampir keseluruhan aspek kehidupan kita. 1. Bicara ini Demi Nurani 2. Bicara ini Demi Akhlak 3. Bicara ini Demi Anak Kita 4. Bicara ini Demi Umat 5. Bicara ini Demi Kita 6. Bicara ini Demi Bahagia 7. Bicara ini Demi Hari Pengadilan 8. Bicara ini Demi Dia Tuan Guru banyak menggunakan analogi untuk memudahkan pemahaman kepada pembaca. Antara yang menarik untuk dikongsi dan berkait dengan realiti hari ini adalah gambaran mengenai percakapan dan tingkah laku manusia. Percakapan itu ibarat pelita yg boleh menyuluh orang lain. Kalau kita lihat, ramai yang boleh bercakap. Tapi, mengapa percakapan orang lain orang ramai boleh ikut dan tumpang-menumpang sedangkan kita tidak. Maka, jawabnya adalah kerana mungkin pelita kita ini tidak begitu terang berbanding orang lain. Tuan Guru banyak menekankan kepentingan akhlak. Kita ada acuan sendiri dalam membentuk peribadi muslim sejati. Di barat, mereka menganggap pelajaran akhlak sebagai sesuatau yg tidak produktif. Hasilnya, mereka menghadapi krisis akhlak yg meruncing dalam kalangan masyarakat di sana. Walaupun mereka mendakwa menjunjung prinsip kebebasan, namun jelas nilai dan maruah hidup mereka terlalu rendah utk dibicarakan. Bagaimana akhlak remaja di Malaysia sekarang? Anda mungkin ada jawapannya. Sesuatu yang menarik mengenai Tuan Guru yang acapkali menjadi perbualan orang ramai. Kita seringkali mendengar bahawa Tuan Guru tidak pernah meninggalkan solat malam sehinggakan dalam keadaan sakit juga, beliau pasti akan terjaga untuk beribadat kepada Allah. Mungkin ini adalah rahsianya. Tuan guru memberitahu bahawa kiamat adalah hari yang sangat besar penderitaannya dan sangat panjang waktunya. Maka bersusah payah utk melakukan ketaatan seharusnya menjadi perkara yg ringan kpd kita. Walaupun terpaksa bangkit di tgh malam ketika orang lain nyenyak tidur, ketika tarikan selimut dan tempat tidur lebih hebat, namun percayalah bangun utk beribadah itulah amalan soleh yg akan membantu di akhirat kelak. Beberapa fakta mengenai Tuan Guru.. #1 Tahukah anda, Tuan Guru tidak pernah mempunyai kereta baru. Kesemuanya adalah kereta second hand. #2 Tahukah anda, sepanjang aktif menyampaikan ilmu, Tuan Guru sering menikmati makan malam hanya pada jam 1.00 pagi ke atas. #3 Tahukah anda, Tuan Guru mengekalkan pakaian jubah dan serban walaupun menjawat jawatan MB disebabkan beliau mahu menyatakan bahawa beliau adalah bekas pelajar Pondok. Ingin tahu lebih lanjut mengenai keperibadian Tuan Guru? Jemput baca "Bicara ini Demi Ilahi"
#38 Bicara ini Demi Ilahi
Tajuk: Bicara ini Demi Ilahi
Penulis: Tuan Guru Nik Aziz
Penerbit: Karangkraf
Mukasurat: 289

ConversionConversion EmoticonEmoticon