#53 Dealing with People You Can't Stand

Tajuk: Dealing with People You Can't Stand Pengarang: Dr. Rick Brinkman & Dr. Rick Kirschner (2008) Penerbit: McGraw Hill Bilangan Muka Surat: 226
Buku ini meletakkan tema 'how to bring out the best in people at their worst'. Penulisannya cukup ringkas dan mudah. Pilih sahaja seorang individu yang kurang menyenangkan, kenal pasti 1 daripada 10 kategori yang menepati individu tersebut dan ikut sahaja saranan bagaimana mahu mengatasi rasa kurang menyenangkan tadi. 10 kategori 'people you can't stand' dalam buku ini disenaraikan seperti berikut: 1. The Tank 2. The Sniper 3. The Granade 4. The Know-It-All 5. The Think-They-Know-It-All 6. The Yes Person 7. The Maybe Person 8. The Nothing Person 9. The No Person 10. The Whiner Penulisnya mencadangkan beberapa tindakan penting untuk kita ambil setiap kali berhadapan dengan individu yang kurang menyenangkan tadi. Antara yang paling penting ialah strategi menukarkan konflik kepada kerjasama dan belajar 'mendengar bukan untuk menjawab tapi mendengar untuk memahami'. Edisi kemaskini buku ini ada menambah 'bagaimana komunikasi zaman digital mudah menimbulkan salah faham dan sangat menjengkelkan'. Bahagian paling menarik dalam buku ini ialah 'what if people can't stand you'? Bagaimana jikalau kita salah seorang daripada 10 kategori yang dinyatakan tadi? Saya tinggalkan persoalan itu untuk para pembaca menjawabnya sendiri (jawapannya sangat menarik dan ada di dalam buku ini).. Secara keseluruhannya, buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa yang mahu memperbaiki diri agar terus disenangi dalam organisasi. Perubahan sikap hanya boleh berlaku selepas kita mengenali siapa diri kita. Mintalah sahabat kita membaca buku ini dan tanyakan kepadanya sama ada kita salah seorang dalam 10 kategori tadi. Selamat 'melihat' orang lain dan diri sendiri. Semoga tidak ada pula yang terasa hati selepas membuat analisis nanti...
Previous
Next Post »