Penulis buku ini pernah menghasilkan sebuah buku bestseller berjudul ‘Motivasi Gaya Rasulullah’. Buku ‘Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah’ pula pada dasarnya mempromosikan kebaikan, atau dengan kata lain mencetuskan keghairahan pembaca untuk menjana pahala free. Semua orang mengejar kekayaan di dunia kerana kita nampak hasilnya secara fizikal, sebaliknya pula pahala. Jika di dunia, gaji kita adalah sen dan ringgit kita di dunia. Tapi di akhirat kelak, pahala adalah sen dan ringgit kita. Ada lebih daripada 90 ayat dalam Al Quran menceritakan tentang pahala. Selain itu, penulis mengambarkan konsep menjana pahala bersamaan dengan konsep moden MLM. Bersesuaian dengan hadith; “Sesiapa yang memulakan sesuatu kebaikan lalu ramai yang mengikutinya, maka baginya pahala kebaikan itu, dan pahala dari orang-orang yang mengikutinya dengan tidak mengurangkan sedikit pun dari pahala-pahala mereka, dan sesiapa yang memulakan sesuatu perkara yang buruk maka ramai yang mengikutinya, baginya dosa dan dosa dari kejahatan orang yang mengukitinya dengan tidak megurangkan sedikit pun dari dosa-dosa meraka”. [Sahih riwayat Muslim, al-Darimi, Ibn Majah dan al-Tabrani] Penulis turut mengetengahkan kisah-kisah universal seperti Mother Teresa, Greenpeace, RobinHood dan Wright Bersaudara yang banyak menyebarkan kebaikan kepada orang awam. Tidak ketinggalan juga, Mohd Khairul Nizam turut menyuntik inspirasi melalui pengolahan kisah benar orang biasa-biasa yang menjana pahala free. Antaranya: 1) Haji Abdul Rahman bin Sulaiman Dikenali sebagai Pak Man Agen Ustaz, orang JB yang tidak dikenali tapi banyak membantu usaha dakwah di masjid. Beliau menjadi rujukan kerana beliau dengan sukarela memulakan initiatif merekodkan nama dan nombor telefon para asatizah sedari tahun 1990. Usah memandang kecil usaha kecil yang tidak popular tapi mungkin sesuatu yang diterima Allah. 2) Imam Al Bukhari Murid-murid beliau tidak terhitung jumlahnya. Imam Al Bukhari mempunyai karya besar dalam bidang hadith iaitu kitab Al Jami' yang disebut juga As Shahih atau Shahih Al Bukhari. Kitab ini masih digunapakai sehingga kini dan insya Allah sehingga kiamat. Beliau kembali kepada pencipta pada tahun 625 Hijrah, iaitu 1180 tahun yang lepas. Bayangkan betapa banyak janaan pahala free hasil usaha Imam Al Bukhari. 3) Dr Aidh Abdullah Al Qarni Seorang ulama Arab Saudi yang juga penulis 80 buku. Buku paling laris beliau bertajuk La Tahzan. Halaman pertama buku ini ditulis di dalam penjara. Buku ini diterjemah ke dalam 29 bahasa dunia. Di Arab Saudi, buku ini sudah dicetak kurang lebih 1.5 juta naskah dan paling mengujakan kerana beliau tidak pernah mengambil sebaran royalti daripada penjualan buku-buku tersebut. Tokoh berikutnya seorang jutawan Melayu Malaysia yang dermawan, Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. Saya tinggalkan kisah orang kaya yang pada asalnya hanya menanam sayur-sayuran ini dalam tanda tanya untuk memberi peluang pada anda semua pula untuk turut meneroka sendiri buku ini. Juga untuk mencari apakah 5 prinsip buat pahala free yang disampaikan oleh penulis dalam buku 99 halaman ini. Yang paling menarik minat saya tentang buku ini apabila penulis berjaya mengolah cerita tentang pahala dalam bentuk formula-formula mudah dihadam seperti SIFIR AMAL ; (Al Quran X Hadith X Amal = PAHALA) (Al Quran X Hadith X 0 (Tiada Amal) = 0 PAHALA) Sebuah buku yang memberi dorongan untuk kita menjana pahala free sebanyak-banyaknya. “Ya Allah, jadikanlah pahala kami bertimbun-timbun. Pahala yang banyak tapi ‘free’.” Selamat membaca.
#42 Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah
Buku : Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah
Penulis : Mohd Khairul Nizam, Ph.D
Penerbit : PTS
Halaman : 99

ConversionConversion EmoticonEmoticon